Jaringan sumbang mata - Fernandes

Astro Arena
September 27, 2020 02:32 MYT
Bruno Fernandes (kiri) meraikan gol ketiga pasukan bersama pemain Manchester United lain pada perlawanan EPL antara pasukannya dan Brighton Hove Albion di Brighton, England, 26 Sept, 2020. (Foto AP)
BRUNO Fernandes mengambil risiko dengan membangkitkan amarah penyokong Brighton and Hove Albion selepas dia menolak kurang bernasib baik pasukan tersebut ketika tewas 3-2 kepada Manchester United, di mana skuad kendalian Graham Potter itu menggegar palang gol lima kali sepanjang perlawanan.
Dalam perlawanan yang menarik di Stadium Amex, skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer berjaya meraih tiga mata di sebalik gagal mempamerkan aksi terbaik hampir sepanjang 90 minit.
Brighton melakukan 18 percubaan secara keseluruhan, manakala United hanya melakukan tujuh, ditambah pula tuan rumah yang dinafikan palang gol dalam lima situasi berbeza, dengan Leandro Trossard menggegar palang sepanjang tiga kali.
Di sebalik isu tersebut, Brighton kelihatan berjaya meraih mata apabila Solly March menanduk masuk gol pada minit kelima masa kecederaan, tetapi dengan sepakan terakhir perlawanan memihak Fernandes yang menyempurnakan penalti selepas bola terkena tangan Neal Maupay.
Dan Fernandes kelihatan tidak bersimpati kepada pasukan lawan.

Football. That's it. That's the tweet.#MUFC #BHAMUN pic.twitter.com/Qea461Pa40

— Manchester United (@ManUtd) September 26, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Brighton bermain cemerlang tetapi mungkin kami tidak bermain dengan cukup agresif," katanya lagi.
"Kami perlu lebih segera menutup ruang, memberikan tekanan dengan lebih baik, kurang kehilangan kawalan permainan. Mereka turut meraih peluang, mungkin Brighton berhak dalam perlawanan ini, saya tidak tahu -- tetapi tujuan utama adalah menjaringkan gol bukan menggegar palang atau tiang. Kadang kala ia berlaku terhadap kami -- anda dapat melihat ketika kami berdepan Sevilla dan Liga Europa. Saya berasakan kami telah melakukan 40 percubaan dan hanya menjaring sekali menerusi penalti.
"Kadang kala tuah memihak anda, kadang kala pertahanan dan penjaga gol bermain baik, kerana David de Gea bertindak cemerlang, sama juga dengan pemain pertahanan.
"Kami boleh bersetuju bahawa daripada segi jaringan, kami merupakan pasukan lebih baik tetapi semua mengetahui United perlu mempertingkatkan lagi mutu permainan."
Kemenangan United menyaksikan mereka bangkit daripada kekalahan 3-1 kepada Crystal Palace di laman sendiri, tetapi sekali lagi pertahanan goyah skuad Solskjaer merupakan sesuatu yang membimbangkan.
#Brighton and Hove Albion #Bruno Fernandes #Manchester United #Ole Gunnar Solskjaer #Stadium Amex #Twitter