Jawatan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) terbuka kepada warga tempatan dan asing, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.
Justeru, beliau berkata iklan kekosongan jawatan berkenaan terpaksa disiarkan dalam bahasa Inggeris di laman web rasmi Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Khairy berkata demikian mengulas kenyataan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Datuk Dr Awang Sariyan dalam sebuah akhbar tempatan hari ini, yang menegur KBS kerana menyiarkan iklan kekosongan jawatan Ketua Pengarah MSN dalam bahasa Inggeris.
Mengulas lanjut, Khairy berkata tidak timbul sebarang masalah jika warganegara asing memegang jawatan berkenaan kerana ia adalah kerjaya profesional dalam usaha menaikkan prestasi sukan negara.
"Tiada masalah kerana kita cari individu terbaik untuk jawatan ini. Isu bukan rakyat tempatan tidak timbul kerana yang penting individu tersebut komited kepada usaha menaikkan (imej) sukan negara," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada jamuan tengah hari sempena Sidang Kemuncak Modal Insan Tun Abdullah Ahmad Badawi 2014 di sini hari ini.
Khairy berkata semangat patriotisme terhadap pembangunan sukan negara juga tidak terjejas jika jawatan berkenaan dipegang oleh individu warganegara asing, seperti mana kejayaan yang dikecapi beberapa negara lain.
"Berapa ramai jurulatih bola sepak yang jadi juara dunia datang dari negara lain? (Malah) jurulatih dan pembuat dasar sukan di luar negara juga diambil bukan dari negara mereka sendiri," katanya.
Penyandang Ketua Pengarah MSN Datuk Seri Zolkples Embong dilantik sebagai Ketua Eksekutif Sukan SEA 2017 manakala kekosongan jawatan itu mula diiklankan kepada orang ramai dalam bahasa Inggeris di laman web rasmi KBS, mulai semalam sehingga tiga minggu akan datang.
Jawatan tersebut ditawarkan secara kontrak selama dua tahun.
Dalam ucaptamanya, Khairy berkata 80 peratus pelajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) mendapat pekerjaan walaupun institut tersebut dipandang skeptikal oleh segelintir ibu bapa.
Bagi melahirkan lebih ramai tenaga berkemahiran, beliau berkata keutamaan KBS ialah mengambil langkah memperkasakan institut kemahiran seluruh negara bagi membantu negara mencapai sasaran 50 peratus tenaga berkemahiran menjelang 2020.
Bernama
Wed Nov 05 2014
KHAIRY: Tidak timbul sebarang masalah jika warganegara asing memegang jawatan berkenaan kerana ia adalah kerjaya profesional dalam usaha menaikkan prestasi sukan negara.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
DBP lantik pempengaruh sebagai ikon bantu beri asas penggunaan bahasa
Antaranya, Dr Malar Santhi Santherasegapan, yang merupakan seorang doktor dan juga aktivis yang kini bertugas di Hospital Columbia Asia.
DBP nafi dakwaan berkaitan buku dibakar
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) hari ini menafikan kenyataan bertajuk 'Iban's literature and book were burned by Dewan Bahasa dan Pustaka' menerusi hantaran dalam Facebook Sarawak Public Feedback.
Peruntukan RM50 juta mampu dukung matlamat DBP segarkan bahasa dan kesusasteraan
DBP berharap aktiviti bahasa dan kesusasteraan akan sentiasa segar serta menjadi wahana penting dalam mendidik masyarakat MADANI.
DBP pertingkat program bahasa Melayu di universiti luar negara
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan meningkatkan program bahasa Melayu di beberapa universiti luar negara termasuk China, Thailand dan Jepun dalam usaha memartabatkan bahasa kebangsaan itu.
[KOLUMNIS] Isu bahasa: Kritikan perlu berasas
Kritikan terhadap ucapan Anwar dalam Majlis Perasmian Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) Bersempena dengan Dekad Bahasa Kebangsaan (DBK) 2024 ini sebenarnya adalah tidak perlu.
DBP perlu diberi kuasa perundangan martabatkan bahasa Melayu
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) perlu diberi kuasa perundangan bagi mempertahankan identiti dan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di negara ini.
Firdaus Abdullah aktif dalam memperjuangkan bahasa - Awang Sariyan
Aktif dalam gerakan persatuan mengangkat dan memperjuangkan bahasa, merupakan bukti kesungguhan Allahyarham Datuk Firdaus Abdullah yang begitu mencintai nilai dan keindahan kesusasteraan dan budaya.
Ruang berfikir, berkarya di negara ini perlu kebebasan lebih luas - PM Anwar
Ia kerana Malaysia merupakan sebuah negara merdeka dan bukannya dijajah sehingga ada sekatan atau rasa terkongkong untuk mana-mana pihak menghasilkan karya mereka.
[KOLUMNIS] Tendangan lencong? Gelecek luncur? Jom cakna istilah sukan bola sepak dalam Bahasa Melayu
Perlawanan bola sepak yang bertaraf antarabangsa seperti Piala Asia yang diikuti di seluruh dunia sepatutnya direbut dan dimanfaatkan oleh Malaysia untuk mengulasnya dalam bahasa Melayu sepenuhnya.
Kekangan bahasa masih jadi isu harian di agensi kerajaan
Pemerhatian di beberapa agensi kerajaan mendapati masalah penguasaan bahasa Melayu adalah isu sah yang bukan digembar-gemburkan.