awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jawatankuasa Olimpik AS secara de facto haramkan penyertaan wanita transjantina

Bernama
Bernama
23/07/2025
13:47 MYT
Jawatankuasa Olimpik AS secara de facto haramkan penyertaan wanita transjantina
Perintah tersebut telah dikeluarkan oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Februari dan bertajuk "Menjauhkan Lelaki Daripada Sukan Wanita." - AP
LOS ANGELES: Jawatankuasa Olimpik dan Paralimpik Amerika Syarikat (USOPC) secara de facto mengharamkan penyertaan wanita transjantina dalam acara sukan Olimpik, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
USOPC menerbitkan versi terkini "Polisi Keselamatan Atlet" di laman web rasminya pada Isnin, bertarikh 18 Julai.
Dokumen setebal 27 muka surat itu tidak menyebut perkataan "transjantina", namun menyatakan bahawa jawatankuasa tersebut akan terus bekerjasama dengan badan lain "bagi memastikan wanita mempunyai persekitaran pertandingan yang adil dan selamat selaras dengan Perintah Eksekutif 14201."
Perintah tersebut telah dikeluarkan oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Februari dan bertajuk "Menjauhkan Lelaki Daripada Sukan Wanita."
Di bawah perintah itu, institusi pendidikan - yang berperanan penting sebagai laluan utama ke arena sukan profesional - berdepan risiko kehilangan pembiayaan persekutuan jika membenarkan atlet transjantina bertanding dalam pasukan yang tidak sepadan dengan jantina ketika lahir.
Perintah eksekutif itu turut mengarahkan Setiausaha Negara AS Marco Rubio untuk mendesak Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa meminda "piawaian yang mentadbir acara sukan Olimpik bagi menggalakkan keadilan, keselamatan dan kepentingan terbaik atlet wanita" dengan menggunakan "segala langkah wajar dan yang tersedia."
Sukan Olimpik Musim Panas akan datang dijadual berlangsung di Los Angeles pada 2028.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jawatankuasa Olimpik
#Amerika Syarikat
#atlet wanita
#transjantina
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan