SUKAN
Jawatankuasa RTG cadang pemain BAM, profesional jalani latihan bersama - Hannah
Hannah ketika sidang media selepas Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian Penajaan (MoA) antara MSN dan Corporate Hero Century Sdn Bhd (PACE) di MSN Bukit Jalil hari ini. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Road To Gold (RTG) mencadangkan pemain badminton bernaung di bawah Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menjalani latihan bersama para pemain profesional dijangka bermula awal tahun depan.
Ringkasan AI
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata cadangan itu bagi mewujudkan persaingan kompetitif antara para pemain di bawah BAM dan mereka yang bergerak secara profesional disenaraikan dalam RTG.
"Kalau mereka tidak menjalani latihan bersama, saya rasa daya saing mereka akan kurang... ranking mereka hampir sama. Kalau mereka tidak gunakan peluang ini, rugi.
"Jadi, RTG sedang menyiapkan ekosistem itu dan sedang bincang dengan BAM untuk pastikan ada gelanggang-gelanggang yang disediakan khas untuk tujuan ini," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum perjanjian penajaan antara Majlis Sukan Negara (MSN) dan syarikat barangan sukan tempatan Corporate Hero Century Sdn Bhd (PACE).
Berdasarkan senarai terkini RTG, wakil badminton negara tersenarai di bawah BAM adalah dua beregu lelaki Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Man Wei Chong-Tee Kai Wun, beregu wanita Pearly Tan-M. Thinaah dan beregu campuran Chen Tang Jie-Toh Ee Wei.
Wakil profesional pula terdiri daripada beregu lelaki Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani dan beregu campuran Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie.
Sementara itu, Hannah berkata pihaknya akan meneruskan trend mengumumkan sasaran pingat Sukan SEA 2025 secara keseluruhan tanpa mengikut warna pingat secara spesifik.
Beliau berkata cadangan Universiti Sains Sukan Nippon dari Jepun sebelum ini mendapat maklum balas positif daripada atlet dalam mengurangkan tekanan memburu pingat pada temasya sukan disertai mereka.
Sukan SEA 2025 dijadualkan berlangsung dari 9 hingga 20 Dis ini, melibatkan tiga wilayah iaitu Bangkok, Chonburi dan Songkhla.
Dalam pada itu, Hannah menghargai sokongan PACE menyalurkan 1,000 set pakaian sukan kepada atlet negara selama setahun, yang akan dipakai pada kejohanan sukan disertai.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Jawatankuasa Road To Gold (RTG) mencadangkan pemain badminton di bawah BAM menjalani latihan bersama pemain profesional bagi meningkatkan persaingan kompetitif.
- Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, menegaskan bahawa latihan bersama ini penting untuk meningkatkan daya saing pemain dan bakal menyediakan gelanggang khas untuk tujuan tersebut.
- Cadangan Universiti Sains Sukan Nippon dari Jepun mendapat maklum balas positif daripada atlet dalam mengurangkan tekanan memburu pingat pada Sukan SEA 2025.