SUKAN
Jay Vine juara Tour Down Under walaupun terlibat kemalangan akibat kanggaru
Jay Vine dari pasukan UAE Team Emirates meraikan kemenangan selepas peringkat kelima perlumbaan berbasikal jalan raya Tour Down Under di Adelaide, Australia. - Foto AP
ADELAIDE: Pelumba Australia, Jay Vine, muncul juara keseluruhan Tour Down Under walaupun terlibat dalam kemalangan luar biasa selepas dilanggar seekor kanggaru yang meluru ke dalam kelompok peloton.
Dalam kejadian dramatik itu, kanggaru berkenaan berlari melintasi jalan ketika perlumbaan berbaki kurang 100 kilometer sebelum melompat ke arah peloton, menyebabkan beberapa pelumba terjatuh sebelum haiwan itu turut terlanggar pelumba lain yang cuba mengelak.
Vine, yang turut terjatuh akibat insiden tersebut, berjaya meneruskan perlumbaan dengan menggunakan basikal rakan sepasukan dan akhirnya menjuarai perlumbaan keseluruhan dengan kelebihan satu minit tiga saat untuk pasukan UAE Team Emirates-XRG.
Pelumba Britain, Matthew Brennan, memenangi peringkat kelima dan terakhir perlumbaan selepas memecut bertenaga di penamat mendaki, menewaskan Finn Fisher-Black dari New Zealand yang berlumba untuk pasukan Red Bull-Bora Hansgrohe.
Bagaimanapun, rakan sepasukan Brennan, Menno Huising dari Belanda, terpaksa menarik diri daripada perlumbaan selepas mengalami kecederaan akibat insiden kanggaru tersebut.
Tobias Lund Andresen dari pasukan Decathlon-CMA CGM menamatkan peringkat sejauh 169.8 kilometer di sekitar Stirling, berhampiran Adelaide, di tempat ketiga.
Pelumba Switzerland, Mauro Schmid dari Jayco-AlUla, menduduki tempat kedua keseluruhan, manakala pelumba Australia, Harry Sweeney, berada di tempat ketiga untuk pasukan EF Education-EasyPost.
Lund Andresen turut memenangi jersi mata biru, sementara pelumba Norway, Martin Urianstad Bugge, merangkul jersi raja bukit berwarna hijau mint untuk pasukan Uno-X Mobility.
Kemenangan peringkat tersebut menutup minggu cemerlang buat pelumba Britain pada perlumbaan Jelajah Dunia UCI pertama tahun ini.
Brennan, yang dianggap antara bakat muda paling menyerlah Britain, mencatat 12 kemenangan pada musim elit pertamanya pada 2025.
Kejayaan Britain turut diserlahkan dengan kemenangan pecut Ethan Vernon pada peringkat keempat, manakala juara kebangsaan UK, Sam Watson, memenangi prolog pembukaan perlumbaan untuk pasukan Ineos Grenadiers.
Ramai pelumba dijangka meneruskan cabaran mereka dalam perlumbaan satu hari Cadel Evans Great Ocean Road Race di Melbourne, dengan Brennan dilihat sebagai antara calon pilihan untuk meraih kemenangan.