Perlawanan akhir Piala Malaysia menentang Pahang pada Sabtu ini, peluang terbaik bagi pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) membawa pulang piala berprestij bola sepak negara itu selepas kali terakhir pada 1991.
Bekas Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) Datuk Suleiman Mohd Noor berkata selepas 23 tahun, kini tiba masanya untuk piala keagungan bola sepak tanah air itu kembali ke negeri berkenaan.
Suleiman yang digelar 'Bapa Bola Sepak Johor' berkata Skuad Harimau Selatan itu mempunyai kelebihan sama ada dari segi pemain, pengurusan mahu pun penyokong yang mantap.
"Pemain JDT mempunyai kemahiran hebat, corak permainan tersusun selain pengurusan terbaik. Selepas 23 tahun, saya amat yakin sudah tiba masanya untuk kita bawa pulang piala ini ke Johor buat kali ketiga.
"Namun, untuk menewaskan Pahang, pemain perlu fokus 100 peratus, mempunyai stamina bermain lebih 100 minit dan cukup bermotivasi untuk menang kerana lawan bukan calang-calang pasukan," katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya di Stulang, dekat sini, hari ini.
Suleiman turut mengingatkan pemain JDT agar berhati-hati kerana ketua jurulatih Pahang, Zainal Abidin Hassan, mampu menjadi pencetus semangat kepada anak buahnya.
Selain mengecap kejuaraan pada 1991, Johor pernah memenangi Piala Malaysia buat kali pertama pada 1985 menerusi jaringan Muhidin Husin dan Fadzli Ahmad untuk mengalahkan Kuala Lumpur.
Pada 1991, penyerang dari Croatia, Ervin Boban mencipta hatrik untuk menewaskan Selangor 3-1 sekali gus memastikan Johor kembali menjulang Piala Malaysia buat kali kedua.
Andai berjaya menewaskan skuad Tok Gajah di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu ini, JDT akan mengulangi pencapaian 1991 dengan meraih kejuaraan berganda iaitu Piala Malaysia dan juara liga.
Dalam pada itu, Suleiman, 85, turut memuji tindakan Presiden PBNJ Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang bekerja keras dalam usaha mengembalikan zaman kegemilangan bola sepak Johor.
"Saya anggap Sabtu ini sebagai penentu sama ada kita sudah berjaya mengembalikan zaman kegemilangan Johor atau tidak.
"Pihak pengurusan sudah cuba mendapatkan sebuah pasukan yang mantap tetapi saya harap, jika kecundang pemain jangan patah semangat kerana tahun depan masih ada," katanya yang meramal JDT bakal menewaskan Pahang 2-1.
JDT mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia selepas menundukkan Felda United 3-1 pada separuh akhir kedua di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, di sini Sabtu lepas, menjadikan agregat 6-5.
Pahang pula menempah slot ke perlawanan akhir selepas menumpaskan Kedah dengan agregat 6-3.
Bernama
Tue Oct 28 2014
SULEIMAN: Selepas 23 tahun, kini tiba masanya untuk piala keagungan bola sepak tanah air itu kembali ke negeri berkenaan. -Foto BERNAMA
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
JDT ada kelebihan - Bapa bola sepak Johor
Bekas Timbalan Presiden PBNJ, Datuk Suleiman Mohd Noor berkata selepas 23 tahun, kini tiba masanya untuk piala keagungan bola sepak tanah air itu kembali ke negeri berkenaan.