Johor Darul Ta'zim (JDT) merampas kembali kedudukan Liga Super daripada Kedah selepas membenam Selangor 4-2 di Stadium Shah Alam, Jumaat malam.
Kemenangan keempat itu daripada lima perlawanan liga setakat ini, membantu skuad Harimau Selatan berada di tangga teratas dengan 13 mata, kelebihan tiga mata dengan pencabar terdekat Kedah, manakala Selangor di tangga ke-10 dengan tiga mata.
Bagaimanapun, Kedah kembali menerajui liga seandainya menewaskan PKNS FC di Stadium Darul Aman, Alor Setar.
Pada aksi pada Jumaat, skuad Gergasi Merah dikejutkan dengan jaringan awal Diogo Luis Santo pada minit ketujuh, sebelum penyerang import dari Brazil itu menggandakan jaringan pada minit ke-14 di hadapan lebih 21,000 penyokong.
Tersentap dengan jaringan itu, Selangor berjaya mengurang defisit menerusi pemain import dari Brazil, Endrick Dos Santo pada minit ke-33, namun JDT meledak satu lagi gol menerusi pemain import dari Argentina, Gabriel Cabrera pada minit ke-41.
Skuad kendalian B. Sathianathan sekali lagi merapatkan jurang menerusi kapten pasukan, Rufino Segovia pada masa tambahan separuh akhir pertama (45+2), tetapi pemain import dari Argentina, Leandro Velazquez memastikan skuad kendalian Benjamin Mora itu menang selesa menerusi jaringan pada minit ke-68.
Sementara itu, dalam satu lagi aksi Liga Super, Terengganu mengikat Perak 1-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin, Kuala Terengganu.
Perak terlebih dahulu membuka jaringan menerusi pemain import dari Brazil, Wander Luiz pada minit ke-71 sebelum tuan rumah menyamakan kedudukan melalui sepakan penalti pemain import dari United Kingdom, Lee Tuck pada minit ke-90.
Keputusan itu menyaksikan Terengganu berada di tempat keenam dengan enam mata selepas lima perlawanan, manakala Perak berada di kedudukan kelapan dengan tiga mata selepas empat perlawanan.
Dalam satu-satunya aksi Liga Premier di antara Pulau Pinang dan UiTM FC di Stadium Bandaraya Pulau Pinang, pasukan tuan rumah gagal menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila tewas 1-2.
Pasukan pelawat membuka jaringan menerusi pemain import dari Senegal, Robert Waly Lopez Mendy pada minit ke-39, namun jaringan sendiri pemain import dari Montenegro, Zarco Korac dua minit kemudian menyebabkan kedudukan terikat sebelum UiTM FC mengesahkan kemenangan menerusi jaringan Robert pada ke-85.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 01 2019

Pemain pasukan JDT Diogo Luis Santo (kanan) cuba mengawal bola dari pemain pasukan Selangor Taylor Francis George Regan pada perlawanan Liga Super 2019 - Foto Bernama

Penglibatan WTCKL dalam Pelan Pemasaran Strategik Acara Perniagaan Malaysia dihargai
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri melancarkan Pelancaran Pelan Pemasaran Strategik Acara Perniagaan Malaysia (SMP) 2021 2030 pada Khamis.

Akibat dendam, bekas pegawai polis dedah anggota terlibat jenayah terancang
Seorang bekas pegawai polis ditahan kerana dipercayai menjadi dalang memuat naik senarai nama anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang didakwa terlibat pelbagai sindiket jenayah terancang

Lawan Arus | Wanita parah disahkan meninggal dunia
Seorang wanita yang parah selepas terlibat dalam kemalangan dirempuh pemandu yang melawan arus di Kilometer(KM) 13.0 Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB) arah Bagan Ajam Rabu lalu dilaporkan meninggal dunia.

10 Berita Pilihan - (17 April 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

7 pelajar Maktab Mahmud Baling disahkan positif COVID-19
Seramai tujuh pelajar Maktab Mahmud Baling, Kedah merangkumi enam pelajar tingkatan empat dan seorang pelajar tingkatan satu disahkan positif COVID-19, pada Sabtu.

AADK Jom Raya | AADK Kuala Pilah bawa kanak-kanak beli baju raya
Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Haji Aminuddin Harun berkata, usaha itu bagi menyemarak kemeriahan suasana dan sambutan Aidilfitri dalam kalangan mereka.

Vaksin COVID-19 | Anwar Ibrahim terus tekan kerajaan
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali menggesa rakyat supaya mendaftar bagi mendapatkan vaksin.

Pengampunan | Junta tentera bebaskan 23,000 tahanan
Junta Myanmar mengampuni dan membebaskan lebih dari 23,000 tahanan sempena cuti tahun baru. Bagaimanapun, ia tidak jelas jika pengampunan itu termasuk aktivis pro-demokrasi yang ditahan selepas kudeta pada Februari.

Putera Philip | Pemimpin Malaysia rakam ucapan takziah
Istiadat pemakaman Duke of Edinburgh, Putera Philip menjadi tumpuan dunia dengan ramai pemimpin pelbagai negara mengucapkan takziah. Pemimpin Malaysia termasuk Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut sama menzahirkan ucapan takziah buat keluarga diraja itu.

AWANI Ringkas: Putera Philip selamat dimakamkan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Jaringan Leandro, Bergson bantu JDT atasi Sri Pahang FC
Jaringan dua pemain import Leandro Velazquez dan Bergson da Silva menghadiahkan kemenangan kesembilan buat Johor Darul Ta'zim (JDT).

Stadium Sultan Ibrahim dipilih tuan rumah Spartan Stadion
Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) mencatat sejarah baharu apabila Stadium Sultan Ibrahim dipilih sebagai tuan rumah acara Spartan Stadion yang pertama di Malaysia.

Harimau Selatan kukuh cengkaman
Skuad kendalian Benjamin Mora memulakan pesta jaringan pada minit kedua hasil tandukan Gonzalo Cabrera yang menewaskan penjaga gol pelawat, Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi.

JDT terus gah terajui carta Liga Super
Johor Darul Ta'zim (JDT) terus mendominasi carta Liga Super 2021 selepas menewaskan Sabah FC, 4-1 di Stadium Likas, Kota Kinabalu, malam ini.

Jadual Liga-M dipinda, beri laluan persiapan skuad kebangsaan
Kalendar perlawanan Liga-M 2021 akan dipinda bermula pada 23 April ini sebagai memberi laluan kepada persiapan pasukan kebangsaan.

Kemenangan JDT hadirkan kegembiraan buat Mora
Pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT), Benjamin Mora, gembira selepas juara Liga Super itu kembali mendapatkan rentak kemenangan.

Pematuhan SOP penonton di Stadium Sultan Ibrahim jadi kayu ukur
Pada perlawanan malam tadi, Stadium Sultan Ibrahim menempatkan seramai 260 pihak berkuasa, termasuk marshall, bagi membantu proses berjalan lancar.

JDT sambut kehadiran semula penonton dengan kemenangan bergaya
Johor Darul Ta'zim (JDT) menyambut kehadiran semula 2,000 penonton ke Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri dengan kemenangan bergaya 3-0 ke atas Melaka United FC dalam aksi Liga Super, malam ini.

SOP stadium: Hari pertama stadium dibuka, hanya keterujaan mengiringi penyokong
Dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan, penonton mula masuk ke stadium seawal jam 6 petang.

Bola sepak: Kem latihan skuad Harimau Malaya dipendekkan
Pasukan bola sepak kebangsaan telah menamatkan kem latihan pusat di Johor Bahru, dua hari lebih awal berbanding perancangan asal sehingga Selasa ini.