Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) berdepan laluan berliku untuk memburu tiket ke peringkat kumpulan Kejohanan Bola Sepak Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2017.
Pada majlis undian berlangsung di sini hari ini, JDT diundi bertemu wakil Thailand, Bangkok United yang pernah beraksi dalam saingan ACL 2007, pada aksi play-off pertama, 31 Jan ini di tempat lawan.
Sekiranya menang, skuad Harimau Selatan dijadual menentang pasukan tangga keempat Liga Jepun, Gamba Osaka pada aksi play-off terakhir pada 7 Feb di tempat lawan untuk mengesahkan kemaraan ke peringkat kumpulan.
Namun jika tewas, JDT akan beraksi dalam kumpulan F Piala AFC bersama Magwe FC (Myanmar), Global FC atau Loyola Meralco Sparks (kedua-duanya dari Filipina) selain pemenang aksi play-off antara wakil Kemboja, Boeungket Angkor dan Lao Toyota dari Laos.
Kedah yang merupakan juara Piala Malaysia 2016, bagaimanapun akan mengisi tempat JDT dalam kumpulan F sekiranya JDT mara ke peringkat kumpulan ACL 2017.
Naib juara Liga Super 2016, Felda United yang membuat penampilan sulung dalam Piala AFC, turut berdepan laluan berliku selepas diundi dalam kumpulan G bersama juara Liga Vietnam, Hanoi T&T SHB Da Nang, naib juara Liga Filipina Ceres Negros FC serta pemenang aksi play-off melibatkan dua kelab Singapura iaitu juara liga, Tampines Rovers FC dan Geylang International FC.
Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengubah format pertandingan Piala AFC bagi musim 2017 yang menyaksikan pertambahan 11 pasukan kepada 47 pasukan, dan dibahagikan kepada sembilan kumpulan mengikut zon negara berbanding 36 pasukan pada edisi lepas.
Sebanyak 30 pasukan terbaik layak secara automatik ke peringkat kumpulan manakala baki 17 pasukan lagi bakal bersaing dalam perlawanan play-off bagi merebut enam slot peringkat kumpulan.
Dalam pada itu, penolong jurulatih JDT, Ismail Ibrahim yang ditemui pemberita selepas majlis undian berkenaan optimis skuad Harimau Selatan mampu mara ke peringkat kumpulan ACL walaupun gagal dalam percubaan pertama mereka musim lepas.
Untuk rekod, JDT kalah 0-3 kepada Bangkok Glass FC pada aksi kelayakan kedua ACL 2015, sekaligus meleburkan harapan mereka beraksi dalam liga elit bola sepak benua Asia itu buat julung kalinya.
"Diharapkan dengan kehadiran pemain import baharu akan membantu pasukan untuk mencatat keputusan positif pada play-off nanti walaupun sedar bukan calang-calang pasukan yang akan kita hadapi," kata Ismail sambil memaklumkan JDT akan mengadakan dua aksi persahabatan pra-musim menentang dua kelab Thailand, Chonburi FC dan Buriram United FC pada awal Januari ini.
Pandangan sama turut disuarakan Pengarah Bola Sepak Felda United Rosli Hussein yang tidak meletakkan sasaran khusus kepada skuad 'The Fighters' dalam penampilan sulung Piala AFC pada musim depan.
"Felda United merupakan 'budak baharu' dalam kejohanan Piala AFC. Banyak kita perlu pelajari memandangkan pengetahuan kita terhadap pasukan dalam saingan ini amat sedikit...nak letak harapan tinggi pun agak mustahil kerana kita bersaing dalam kancah liga bola sepak agak asing bagi kita," katanya.
Beliau menjelaskan pengurusan pasukan masih belum memuktamadkan senarai penuh pemain termasuk kuota empat pemain import bagi memperkuatkan pasukan berkenaan pada musim depan.
Keputusan Undian AFC:
--------------------
Kumpulan A: Al Zawraa Club (Iraq), Al Ahli (Jordan), Al Jaish (Syria), Shabab Al Khalil (Palestin) atau Al Suwaiq (Oman)
Kumpulan B: Al Hidd Club (Bahrain), Air Force Club (Iraq), Safa SC (Libya), Al Wahda (Syria)
Kumpulan C: Al Wehdat atau Al Jazeera (Jordan), Muharraq Club (Bahrain), Saham (Oman), Nejmeh SC (Libya)
Kumpulan D: FC Istiklol (Tajikistan), Altyn Asyr FC (Turkmenistan), FC Alay (Kyrgyzstan), FC Hosilot (Tajikistan)/Shaheen Asmayee (Afghanistan)/Dordoi FC (Kyrgyzstan)/Balkan FC (Turkmenistan)
Kumpulan E: JSW Bengaluru FC atau Kingfisher East Bengal (India), Maziya Sports & Recreation Club (Maldives), Abhani Limited Dhaka (Bangladesh), Mohun Bagan (India)/Colombo FC (Sri Lanka)/Thimphu City (Bhutan)/Club Valencia (Maldives)
Kumpulan F: Johor Darul Ta'zim atau Kedah (Malaysia), Magwe FC (Myanmar), Global FC atau Loyola Meralco Sparks FC (Filipina), Lao Toyota (Laos) atau Boeungket Angkor (Kemboja)
Kumpulan G: Felda United FC (Malaysia), Hanoi T&T SHB Da Nang (Vietnam), Tampines Rovers FC atau Geylang International FC (Singapura), Ceres Negros FC (Filipina)
Kumpulan H:
Yadanarbon FC atau Yangon United FC (Myanmar), Than Quang Ninh (Vietnam), Lanexang United FC (Laos), Home United (Singapura) atau Phnom Penh Crown (Kemboja)
Kumpulan I:
4.25 SC (Korea Utara), Rovers FC (Guam), Taipower Company (Taiwan), Tatung FC (Taiwan)/Erchim FC (Mongolia), Kigwancha SC (Korea Utara)
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 14 2016
JDT diundi bertemu wakil Thailand, Bangkok United yang pernah beraksi dalam saingan ACL 2007. - Gambar fail
Zii Jia, Jun Hao lepasi halangan pertama Terbuka Thailand
Zii Jia melepasi halangan pertama dalam misi memburu gelaran kedua Terbuka Thailand selepas mengiringi rakan senegara Leong Jun Hao mara ke pusingan kedua di Stadium Nimibutr di sini hari ini.
INNOVATHON musim kedua sasar tarik bakat muda, pupuk minat pada STEM
INNOVATHON musim kedua memfokuskan kepada penghasilan tenaga kerja dan bakat masa depan yang mampu bergerak seiring dengan kemajuan dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan, dan matematik (STEM) serta penyelidikan dan pembangunan (R&D).
Tuanku Zara Salim rasmi Pameran Limar anjuran Muzium Seni Asia, UM
Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim berkenan untuk merasmikan Pameran Limar “Tenunan warisan yang kian dilupakan” anjuran Muzium Seni Asia Universiti Malaya dimana sejumlah 78 koleksi tenunan limar dipamerkan bersempena pameran tersebut.
Lawrence Wong sah PM baharu, Lee Hsien Loong kini Menteri Kanan
Timbalan Setiausaha Agung Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura, Lawrence Wong, 51, secara rasminya mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri republik itu yang baharu, pada Selasa.
Majlis mengangkat sumpah itu dilakukan di hadapan Ketua Hakim Singapura, Sundaresh Menon dan Presiden Singapura, Tharman Shanmugaratnam di Istana.
Majlis mengangkat sumpah itu dilakukan di hadapan Ketua Hakim Singapura, Sundaresh Menon dan Presiden Singapura, Tharman Shanmugaratnam di Istana.
Peristiwa Nakba disifatkan berulang, tapi lebih dahsyat
76 tahun berlalu, peristiwa Nakba yang berlaku pada 14 Mei 1948 terus diingati sebagai peristiwa hitam buat rakyat Palestin. Nakba yang membawa maksud malapetaka merujuk kepada penghapusan etnik Palestin, yang mana bagi penduduk Gaza, peristiwa itu tidak ubah seperti apa yang berlaku sekarang. Penderitaan dan kesengsaraannya malah disifatkan lebih teruk berbanding 1948.
Malaysia mahu terokai pelbagai bidang dengan Republik Kyrgyz
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia berhasrat untuk menjalin kerjasama dengan Republik Kyrgyz dalam pelbagai bidang yang boleh dibangunkan bersama.
Dua pegawai penjara maut, seorang banduan lolos
Penyerang bersenjata membunuh dua pegawai penjara Perancis dan mencederakan tiga yang lain dalam serangan ke atas konvoi di Normandy pada Selasa.
Data PADU sudah sedia, tunggu masa sesuai elak spekulasi inflasi - Rafizi
Sebarang keputusan berhubung pelaksanaan mekanisme tersebut, hanya akan diputuskan oleh kerajaan pada tempoh yang sesuai bagi mengelakkan spekulasi inflasi.
Kyrgyz zahirkan hasrat Malaysia lantik penasihat kepada kerajaan republik itu - PM
Republik Kyrgyz hari ini menzahirkan hasrat supaya Malaysia melantik seorang penasihat kepada kerajaan negara itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Cadangan gaji minimum UNICEF sedang dikaji - Rafizi
Rafizi menjelaskan perbincangan berkenaan gaji minimum termasuk prosesnya itu adalah tanggungjawab Majlis Perundingan Gaji Negara bagi menilai kedudukan gaji minimum.
Fahami keupayaan tubuh badan ketika bersukan, elak kecederaan ACL & PCL
Kecederaan sukan boleh berlaku apabila bersukan, beriadah ataupun semasa kemalangan kecil.
ACL: Cristiano Ronaldo belum mampu sekat kekecewaan Al Nassr
Sesudah kalah dalam perlawanan pembukaan di Al Ain minggu lalu, kelab Liga Pro Saudi Ronaldo itu mengalami kekecewaan lagi awal pagi tadi.
JDT benam BG Pathum United 4-1, tamatkan saingan kumpulan di kedudukan ketiga
JDT menamatkan saingan Kumpulan I Liga Juara-Juara Asia (ACL) di tangga ketiga, di belakang Kawasaki Frontale dan Ulsan Hyundai selepas membenam BG Pathum United 4-1.
ACL: Kawasaki Frontale saji aksi sempurna - Jordi Amat
Ketua pasukan JDT terkilan gagal menyaingi Kawasaki Frontale menerusi kekalahan buruk 0-5 dalam kunjungan ke tempat lawan, malam tadi.
ACL: JDT hidup peluang ke pusingan kedua selepas tewaskan Ulsan Hyundai 2-1
Kemenangan itu sekali gus menebus kekalahan skuad Harimau Selatan kepada kelab bimbingan Hong Myung Bo itu pada pada 24 Okt lepas.
Neymar selamat jalani pembedahan lutut kiri
Penyerang Brazil, Neymar selamat menjalani pembedahan selepas mengalami kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) dan meniscus di lutut kiri.
Liga Juara-Juara: PSG benam Milan
PSG bangkit daripada kekalahan 1-4 di tempat lawan dan tampil dengan kualiti serangan menakjubkan ke atas pasukan dari Itali itu.
ACL: Sepakan guntung Marcinho buat JDT gigit jari
Penyerang berusia 28 tahun dari Brazil itu memecah kebuntuan pada penghujung babak pertama selepas memanfaatkan tandukan Tatsuki Seko.
ACL: Peluang JDT tebus kekecewaan musim lalu
Selain Kawasaki Frontale, skuad JDT turut diundi bersama Ulsan Hyundai dari Korea Selatan dan BG Pathum United kelab dari Thailand.
Zaquan Adha belum rancang bersara susulan ACL kelima
Bekas penyerang Harimau Malaya tersebut mengalami nasib buruk itu ketika bertemu Kuching City dalam perlawanan suku akhir Piala FA.