awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JDT dan Sri Pahang FC sekadar seri 2-2

Bernama
Bernama
18/05/2022
22:15 MYT
JDT dan Sri Pahang FC sekadar seri 2-2
Pemain JDT Muhammad Nazmi Faiz Mansor melakukan tendangan dengan dihadang pemain Sri Pahang FC Muhamad Baqiuddin Shamsudin pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, 18 Mei 2022. - Foto BERNAMA
ISKANDAR PUTERI: Johor Darul Ta'zim (JDT) hanya mampu memungut satu mata selepas seri 2-2 dengan Sri Pahang FC dalam aksi kesembilan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, di sini malam tadi.
Penyerang berbisa Bergson Gustavo Silveira Da Silva meletakkan Skuad Harimau Selatan di depan menerusi jaringan pada minit ke-17 selepas menerima hantaran Fernando Martin Forestieri.
Skuad Tok Gajah berjaya memperoleh gol penyamaan menerusi rembatan Mohamad Saiful Jamaluddin dari luar kotak penalti pada minit ke-38.
Pahang kemudian menambah jaringan menerusi sepakan penalti Manuel Federico Hidalgo Gasparini pada minit ke-42 selepas Mahmoud Saleem Mahmoud Za'tara dijatuhkan dalam kotak penalti oleh Shahrul Mohd Saad daripada JDT.
Bersambung babak kedua, ketika perlawanan dilihat berpihak kepada Pahang, JDT dihadiahkan sepakan penalti setelah pengadil ternampak tolakan oleh Hasnul Zaim Zafri ketika bersaing dengan Bergson dalam kotak penalti.
Walaupun penjaga gol Pahang Mamadou Samassa cuba mengganggu tumpuan Bergson, pemain berasal dari Brazil itu berjaya menjaringkan gol penalti bagi menyamakan kedudukan pada minit ke-88.
Jaringan itu meletakkan keseluruhan sembilan gol diledak Bergson dalam saingan Liga Super setakat ini.
Keputusan kekal 2-2 sehingga tiupan wisel penamat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JDT
#Liga Super
#bola sepak
#Sri Pahang FC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan