[TERKINI] Najib Razak Dilepas Tanpa Dibebaskan – Kes SRC RM27 Juta, Ikuti Laporan di Sini
SPORTS

JDT hentikan sementara penjualan tiket perlawanan Liga Super

Bernama 12/03/2020 | 22:21 MYT
Setakat ini, penjualan tiket perlawanan antara JDT menentang Felda United secara dalam talian turut dihentikan sementara manakala kaunter tiket di Stadium Sultan Ibrahim tidak akan dibuka. - Gambar fail
Johor Darul Ta'zim (JDT) telah memutuskan untuk menghentikan sementera penjualan tiket perlawanan akan datang membabitkan aksi skuad Harimau Selatan menentang Felda United di Stadium Sultan Ibrahim, di Iskandar Puteri, Sabtu ini.
Setiausaha kehormat JDT, Kapten Mohd Anizam Jamian, dalam hantaran terkini di laman Facebook, JDT berkata bagaimanapun keputusan itu bergantung kepada hasil perbincangan antara Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengenai COVID-19, pada Jumaat.
Mohd Jamian berkata setakat ini penjualan tiket perlawanan antara JDT menentang Felda United secara dalam talian turut dihentikan sementara manakala kaunter tiket di Stadium Sultan Ibrahim tidak akan dibuka hari ini sehingga mendapat maklumat terkini daripada MFL.
"Kesulitan yang berlaku amat dikesali. Keselamatan dan kesejahteraan keluarga JDT adalah keutamaan kami," katanya.
-- BERNAMA
#bola sepak #COVID-19 #Facebook #FAM #Felda United #henti jual tiket #JDT #keselamatan #MFL #Mohd Anizam Jamian #Stadium Sultan Ibrahim #Sultan Ibrahim #tiket