KUALA LUMPUR: Pasukan Johor Darul Ta'zim II (JDT II) hampir pasti bergelar juara Liga Premier selepas membenam Terengganu FC II (TFC II) 3-0 pada perlawanan berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang, malam tadi.
Skuad JDT II berada di persada liga mengumpul 39 mata dengan berbaki satu lagi perlawanan, membuka jaringan pendahuluan pada minit ketujuh menerusi rembatan pemain berusia 20 tahun, Daryl Sham.
Beberapa peluang terhidang bagi kedua-dua pasukan untuk mencetak gol namun gagal disempurnakan sehingga tamat separuh masa pertama.
Bersambung babak kedua, JDT II terus menambah luka TFC II menerusi jaringan gol Omar Hakeem yang menendang masuk hantaran Daryl Sham pada minit ke-82.
Selang tiga minit kemudian, giliran Moussa Sidibe menjaringkan gol ketiga pasukan bagi memberikan keselesaan buat JDT II sehingga wisel penamat.
Di KUCHING, bekalan tiga mata berjaya diperoleh Kuching City FC selepas menundukkan Kelantan United 2-1 pada aksi berlangsung di Stadium Negeri.
Memanfaatkan sepenuhnya kelebihan beraksi di tempat sendiri, anak buah Irfan Bakti berhasil memperoleh gol pendahuluan menerusi pemain import dari Liberia, Abu Kamara pada minit ke-63 disusuli jaringan Amir Amri Salleh empat minit kemudian.
Kelantan United bagaimanapun memperoleh gol sagu hati pada masa kecederaan menerusi Asraff Aliffudidin sebelum wisel separuh masa kedua ditiup.
Di KOTA BHARU, hasrat Kelantan FC memintas kedudukan pendahulu Liga Premier, JDT II terbantut selepas tewas 1-2 kepada Selangor FC 2 dalam perlawanan berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV.
Kelantan memperoleh gol tunggal menerusi sepakan penalti Muhammad Ghaffar pada minit ke-76 sementara Selangor 2 menerusi jaringan Muhammad Aliff izwan Yuslan pada minit ke-28 dan S. Sharvin pada minit ke-34.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 04 2022
Pemain JDT II Daryl Sham K K George meraikan jaringan ketika menentang Terengganu FC II pada perlawanan Liga Perdana di Stadium MBPG, Johor Bahru, 4 Sept 2022. --fotoBERNAMA
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Liga Premier tidak akan dikembalikan tahun depan - Rossi
Harapan peminat bola sepak negara untuk melihat kembali saingan Liga Premier seawal musim depan tidak akan menjadi kenyataan dalam masa terdekat kerana kesuntukan masa.
JDT II muncul juara Liga Perdana
Johor Darul Ta'zim (JDT) II bergelar juara saingan Liga Perdana selepas mengatasi Selangor FC II 1-0 di Stadium UiTM, sebentar tadi.
JDT II hampiri gelaran juara Liga Premier
Skuad JDT II membuka jaringan pendahuluan pada minit ketujuh menerusi rembatan pemain berusia 20 tahun, Daryl Sham.
JDT II kembali ke puncak teratas Liga Premier
JDT II kembali merampas kedudukan teratas Liga Premier selepas menewaskan pasukan tercorot, Skuad Projek FAM-MSN.
Pertahanan berusia 42 tahun, Rames muncul wira Kuching City atasi Selangor 2
Keputusan malam tadi menyaksikan Kuching City berjaya merapatkan jurang bersama tiga pasukan teratas dengan 30 mata.
Kuching City benam Projek FAM-MSN 3-0
Penyerang import kelahiran Brazil, Gabryel Monteiro De Andrade meledak gol mudah di hadapan gawang pada minit ke-20.
Kelantan FC belum di zon selamat
Rezal Zambery berkata, sebarang kemungkinan boleh terjadi sekiranya tewas dalam tiga lagi baki perlawanan.
Perak FC siasat insiden kekecohan di Stadium Sultan Muhammad IV
Perak FC akan membuat siasatan berhubung insiden kekecohan ketika aksi Liga Premier antara pasukan kelab itu dengan Kelantan FC di Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu, pada petang Rabu.
Liga Premier: Gol tunggal Abdul Latiff bantu Kelantan FC kukuhkan dominasi
Kelantan FC terus mendominasi kedudukan teratas Liga Premier dengan rekod tanpa kalah dalam 10 perlawanan.
Syamsul gusar pertahanan ulang kesilapan sama
Faktor itu menjadi kegusarannya menghadapi baki perlawanan liga terbabit dalam usaha merebut slot ke saingan Liga Super musim depan.