awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KKR pertimbang lanjutan enam bulan projek WISE
Gudang terbakar, 76.8 tan limau mandarin musnah
Ketua panel Gaza sifatkan kehilangan nyawa "menyayat hati", gesa patuhi gencatan senjata
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JDT II lonjak ke tangga kedua Liga Premier

Bernama
Bernama
26/03/2022
16:03 MYT
JDT II lonjak  ke tangga kedua Liga Premier
Skuad Harimau Selatan memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri dengan membuka tirai menerusi jaringan Muhamad Feroz Baharudin seawal minit kedua. - Johor Southern Tigers
JOHOR BAHRU: Johor Darul Ta'zim (JDT) II berjaya melonjak ke tempat kedua Liga Premier selepas menewaskan Skuad Projek FAM-MSN 2-1 di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang, malam ini.
Beraksi di hadapan 211 penonton, skuad Harimau Selatan memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri dengan membuka tirai menerusi jaringan Muhamad Feroz Baharudin seawal minit kedua.
Anak buah Echeverria Mariano Raul dilihat terus mengasak kubu lawan dengan percubaan bertali arus, yang membantu mereka menggandakan jaringan menerusi pemain import dari Mali, Moussa Sidibe pada minit ke-20.
Skuad Projek berjaya mengurangkan jurang menerusi jaringan Muhammad Haikal Sahar pada minit ke -25.
Bersambung babak kedua, kedua-dua pasukan mempamerkan persembahan cukup menarik dengan saling melakukan serangan balas, namun tidak mampu untuk mencetak gol, dengan keputusan 2-1 kekal sehingga wisel penamat.
Selepas tiga perlawanan, JDT II berada di tangga kedua dengan enam mata, ketinggalan tiga mata berbanding pendahulu Kelantan FC (sembilan mata), manakala Skuad Projek yang tewas kedua-dua aksi mereka, berada di tangga ketujuh.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JDT
#JDT II
#Liga Premier
#Projek FAM-MSN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan