KUALA LUMPUR: Pasukan Johor Darul Ta'zim II (JDT II) berjaya melonjak ke tangga teratas Liga Premier selepas membenam PDRM FC 5-1 di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang, Johor malam ini.
Separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan buntu tanpa sebarang jaringan, meskipun PDRM dilihat mempunyai peluang cerah untuk mendahului perlawanan.
JDT II memecah kebuntuan selepas berhasil membuat jaringan pada babak kedua perlawanan menerusi pemain import Bienvenido Morejon Maranon pada minit ke-46.
Tidak menunggu lama, giliran Mohamed Syamer Kutty Abba pula menanduk masuk bola pada minit ke-55, sekali gus menambah jaringan buat pasukan kendalian Mariano Raul Echeverria itu.
Serangan tanpa henti pasukan JDT II terus menambah derita PDRM, apabila Fernando Rodriguez Ortega menghadiahkan gol ketiga pada minit ke-66 dan Gabriel Nistelrooy Tamin selang dua minit kemudian, menjadikan kedudukan 4-0.
PDRM yang dilihat tertekan bagaimanapun berjaya melepasi pertahanan dan menjaringkan gol menerusi Martin Adamec pada minit ke-72, sebelum JDT sekali lagi menembusi gawang hasil jaringan Maranon pada minit ke-88.
Sementara itu, UiTM FC masih gagal mencipta sebarang kemenangan dalam kancah Liga Premier apabila tewas di tempat sendiri setelah dikalahkan Kuching City FC 0-2.
Pasukan pelawat memperoleh gol pada minit ke-24 melalui jaringan Wan Mohammad Faiz Wan Sulaiman.
Kuching terus menguasai padang apabila pemain gantiannya Amir Amri Salleh meledak gol kedua pada saat-saat akhir lima minit masa tambahan perlawanan.
Sementara itu dalam aksi tunggal Liga Super, Kuala Lumpur (KL) City FC tewas 1-2 di tangan Sri Pahang FC di Stadium Kuala Lumpur, Cheras di sini malam ini.
Sri Pahang FC membuka jaringan menerusi Nor Azam Azih pada minit ke-32 sebelum Manuel Hidalgo menggandakan jaringan menerusi sepakan penalti pada minit ke-78.
KL City FC namun berhasil menjaringkan gol tunggal pasukan menerusi jaringan Paulo Josue pada minit ke-86.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 07 2022
Pemain pasukan JDT II 50 Mohamed Syamer diasak pasukan PDRM FC pada Liga Premier Malaysia 2022 di Stadium MPPG Pasir Gudang malam ini. - Foto BERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Piala MFL: Jaringan Muhd Isa julang Terengganu FC II selaku juara
Terengganu FC II muncul juara edisi sulung Piala Liga Bolasepak Malaysia (MFL) 2023, setelah menewaskan JDT II 1-0 pada aksi final malam tadi.
JDT II muncul juara Liga Perdana
Johor Darul Ta'zim (JDT) II bergelar juara saingan Liga Perdana selepas mengatasi Selangor FC II 1-0 di Stadium UiTM, sebentar tadi.
JDT II hampiri gelaran juara Liga Premier
Skuad JDT II membuka jaringan pendahuluan pada minit ketujuh menerusi rembatan pemain berusia 20 tahun, Daryl Sham.
Liga Premier: Kelantan himpit rapat JDT II
Pelawat terlebih dahulu meledak gol pertama pada minit ke-29 menerusi rembatan kencang kapten The Red Warriors (TRW) Nurshamil Abd Ghani dari luar kotak penalti.
JDT II lonjak tangga teratas Liga Premier
Pasukan Johor Darul Ta'zim II (JDT II) berjaya melonjak ke tangga teratas Liga Premier selepas membenam PDRM FC 5-1 di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang, Johor malam ini.
JDT II lonjak ke tangga kedua Liga Premier
Johor Darul Ta'zim (JDT) II berjaya melonjak ke tempat kedua Liga Premier selepas menewaskan Skuad Projek FAM-MSN 2-1 di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang, malam ini.
Kesilapan pertahanan bawa padah kepada Kelantan FC - Rezal Zambery
Ketiadaan beberapa pemain utama Kelantan FC turut menjadi faktor kegagalan skuad itu untuk memberi saingan kepada pasukan JDT II .
Kejayaan di Kota Bharu lonjak JDT II ke tempat ketiga
JDT II memecah kebuntuan menerusi gol pertama seawal minit ke-11.
Kelantan FC ada ramuan tumbangkan JDT II - Rezal Zambery
Rezal Zambery berkata beliau meletakkan kepercayaan kepada pemain untuk mencipta kejutan pada perlawanan petang esok.
Kes Gaduh: KUFC ambil tindakan tegas ke atas Gassama, Muhammad Asraff
Tindakan itu susulan kedua-dua pemain tersebut terlibat dalam pergaduhan, sehingga dikenakan kad merah.