SPORTS

JDT juara Piala Sumbangsih 2019

Astro Awani 02/02/2019 | 14:57 MYT
Pemain JDT Mauricio Dos Santos Nascimento menanduk sambil dicabar pemain Perak Zachary Michael Anderson pada perlawanan Piala Sumbangsih di Stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin hari ini. - Foto BERNAMA
Johor Darul Ta'zim (JDT) muncul juara Piala Sumbangsih 2019 selepas menewaskan Perak 1-0 di di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam ini.

Gol tunggal skuad Harimau Selatan itu adalah hasil jaringan penyerang importnya Gonzalo Cabrera pada minit ke-40.

Perak yang merupakan juara Piala Malaysia 2018, dilihat lebih banyak bertahan berbanding JDT yang lebih banyak menyerang.

Kemenangan kali kedua berturut-turut itu sekali gus memberikan tiga mata pertama kepada JDT pada aksi pembuka tirai Liga Super ini.

Ini juga merupakan kali keempat JDT menjuarai Piala Sumbangsih.
#Gonzalo Cabrera #JDT #Johor Darul Ta'zim #Juara #Perak #Piala Sumbangsih 2019