[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
SUKAN

JDT julang Piala FA, tundukkan KL City FC 2-0

Astro Awani 22/07/2023 | 15:07 MYT
Pemain JDT Nathaniel Shio Hong Wan meraikan jaringan gol pertama ketika menentang Kuala Lumpur City FC pada perlawanan akhir Piala FA 2023 di Stadium Sultan Ibrahim hari ini. - Foto BERNAMA
JOHOR Darul Ta’zim (JDT) terus melakar rekod cemerlang dalam saingan Piala FA selepas menundukkan KL City FC 2-0 di pentas final.
Kemenangan itu menyaksikan JDT menjulang piala berprestij itu untuk dua tahun berturut-turut selepas 2022.
Beraksi di Stadium Sultan Ibrahim, JDT dipaksa berhempas pulas sebelum memperolehi gol pertama pada separuh masa kedua.
Hasil gerakan yang dicetuskan Afiq Fazail, JDT memperolehi gol pertama pada minit ke-65 menerusi rembatan jarak jauh Hong Wan.
Skuad Harimau Selatan terus menggandakan asakan dan memperolehi gol kedua menerusi Leandro Velazquez pada minit ke-73.
JDT telah menjuarai Piala FA pada 2022 dan 2016.
#JDT #KL City FC #Piala FA #Johor