Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) kembali menerajui carta liga selepas menang bergaya 3-0 ke atas PKNP FC di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam tadi.
Kemenangan kelima dari enam perlawanan tersebut menyaksikan skuad Harimau Selatan mengekalkan rekod tanpa kalah dan mengutip 16 mata, dengan pencabar terdekat Pahang ketinggalan dua mata di tangga kedua.
Tiga gol JDT dijaringkan oleh Leandro Velazquez pada minit ke-27 serta sepakan penalti Diogo Luis Santo dan Gonzalo Cabrera, masing-masing minit ke-36 dan 41.
Terdahulu, PKNP FC terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas kapten pasukan, Ahmad Sukri Ab Hamid dilayangkan kad merah oleh pengadil, Khirulazuan Kidam kerana mengasari pemain tuan rumah pada minit ke-73.
PKNS FC pula naik dua anak tangga ke kedudukan keempat liga setelah menewaskan Felda United 2-0 di Stadium Shah Alam menerusi jaringan Romel Morales pada minit ke-23 dan Tamirlan Kozubaev pada minit ke-46.
Terengganu FC pula menang bergaya 3-0 ke atas Melaka di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, hasil jaringan Nasrullah Hanif Johan pada minit ke-23, Sanjar Shaakhmedov (41') dan pemain gantian, Ahmad Syamim Yahya pada minit ke-73.
Perak turut meraih tiga mata di laman sendiri selepas mengatasi Petaling Jaya City FC 1-0 di Stadium Perak, Ipoh, hasil sepakan penalti Wander Luiz pada minit ke-39.
Dalam saingan Liga Premier, Sabah mengekalkan kedudukan kedua liga walaupun seri tanpa jaringan menentang Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.
Pulau Pinang pula bangkit selepas ketinggalan satu gol untuk menewaskan pasukan meningkat naik, Selangor United 2-1 di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang.
Kapten Selangor United, Rizal Fahmi Rosid Ab Rosid terlebih dahulu meletakkan pasukan pelawat di hadapan pada minit ke-16, sebelum skuad Harimau Kumbang bangkit meledak dua gol menerusi Dhiyaulrahman Hasry pada minit ke-55 dan 64.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula terus ditimpa malang setelah kalah 0-1 kepada UKM FC di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.
Gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh pemain import dari Iran, Milad Zeneyedpour pada minit ke-88.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 09 2019
Diogo Luis Santo (kanan) meraikan kejayaannya meraih gol kedua JDT ketika sepakan penalti pada separuh masa pertama dalam perlawanan Liga Super Malaysia 2019 menentang PKNP FC di Stadium Tan Sri Dato' Haji HAssan Yunos, malam tadi. --fotoBERNAMA
Bersatu ambil tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimen - Muhyiddin
Bersatu sedang melaksanakan tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimennya yang menyokong Perdana Menteri selepas meminda Perlembagaan parti bulan lalu.
'Made in Malaysia' - Apple punyai 19 kilang pembekal di negara ini
Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai beberapa kilang pembekal yang menawarkan komponen kepada Apple.
SPRM lancar bilik gerakan PRK Kuala Kubu Baharu
SPRM melancarkan bilik gerakan, bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa.
WEF anjur mesyuarat khas di Arab Saudi ketika suhu geopolitik Asia Barat memanas
WEF keluar dari kelazimannya dengan menganjurkan mesyuarat khas dua hari, 28-29 April 2024 di Riyadh, Arab Saudi.
Kerajaan rangka hala tuju beri lebih banyak perlindungan kepada kanak-kanak
Kerajaan akan merangka hala tuju bagi memberikan lebih banyak perlindungan dari segi undang-undang kepada kanak-kanak di negara ini.
Tiada tepung di pasaran tempatan mengandungi benzoil peroksida melebihi kadar dibenarkan - KKM
Tiada mana-mana jenama tepung di pasaran tempatan mengandungi benzoil peroksida melebihi paras yang dibenarkan di bawah undang-undang.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Menurut Jawatankuasa Pemandu FFC, Ann Wright, pihaknya akan memaklumkan perkembangan terbaharu kepada semua delegasi terlibat sekiranya tarikh akhir pelayaran ditetapkan.
Bytedance enggan jual TikTok di Amerika Syarikat
BYTEDANCE kini mengatakan mereka tidak akan menjual perniagaan TikTok di Amerika Syarikat (AS).
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Cegah jenayah: Kerjasama komuniti kekang jenayah secara holistik
Jelasnya, program seumpama ini diharap dapat memberikan pendedahan tentang pencegahan jenayah dan menzahirkan aspirasi PDRM untuk penglibatan aktif warga komuniti dalam memerangi aktiviti jenayah.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Penggunaan VAR perlu masa untuk sempurna - Kuljanac
Miroslav Kuljanac berkata penggunaan VAR amat penting, namun memerlukan masa dari segi pengendalian untuk benar-benar sempurna.
Hari ini, VAR pertama kali digunakan di Malaysia
Teknologi itu digunakan dalam aksi Piala Menteri Wilayah Persekutuan melibatkan pasukan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan di Cheras.
FAM lancar Akademi Pengadil Profesional
Seramai 30 pengadil termasuk tiga pengadil wanita dipanggil untuk menyertai akademi berkenaan bagi fasa pertama bermula tahun 2023-2025.
FAM sambut baik tawaran Tunku Ismail namun tetap pantau SNBJ
FAM menyambut baik dan menghargai perkenan Tunku Ismail menyumbangkan rumput baharu jenis hibrid untuk digunakan di SNBJ.
Salah hilang bisa - Pengkritik bola sepak
Prestasi Liverpool jatuh mendadak apabila tewas menentang Atalanta dan Crystal Palace baru-baru ini.
UCL: Tandukan Andreas Christensen pacu Barcelona tewaskan PSG
Tandukan Andreas Christensen pada minit ke-77 pastikan kemenangan 3-2 menjadi milik Barcelona dalam perlawanan penuh debaran.
Pengalaman luas Hamidin masih diperlukan pacu FAM
Dakwaan Hamidin gagal menambah baik landskap bola sepak Malaysia adalah tidak berasas dan tidak berdasarkan fakta, kata Ong Kim Swee.
Adidas tarik penjualan jersi bola sepak nombor 44 Jerman
Badan induk bola sepak Jerman itu berkata ia sedang mencari reka bentuk alternatif untuk nombor 4 bersama rakan kongsinya, 11teamsports.