[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
SPORTS

JDT lakar sejarah lagi, tercalon kelab terbaik Asia dalam Anugerah AFC

Madiha Abdullah 26/11/2015 | 03:20 MYT
JDT bakal bersaing dengan kelab dari China dan UAE.
Pasukan bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) melakar satu lagi kejayaan apabila dipilih daripada ratusan kelab bola sepak di Asia untuk berada dalam senarai calon kelab bola sepak terbaik di Asia.
JDT tersenarai sebagai salah satu calon kategori Kelab Terbaik Tahunan dalam Anugerah Tahunan AFC, bersama-sama kelab Al-Ahli (UAE) dan Guangzhou Evergrande (China).
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pencalonan ini adalah susulan kemenangan kelab dari Selatan itu sebagai juara Piala Konfederasi Asia (AFC), yang juga merupakan trofi ketiga milik mereka tahun ini selepas Piala Sumbangsih dan Johan Liga Super.
Menang atau kalah bukan isu kerana tercalon dalam anugerah berprestij itu sudah dikira sebagai satu pencapaian mengagumkan.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Anugerah Tahunan AFC mempertaruhkan 21 kategori dan akan berlangsung Ahad ini di New Delhi, India.
TONTON: Tiga faktor kemegahan pasukan #JDT
#afc #Anugerah AFC #JDT #Johor Darul Takzim