SUKAN
JDT lepaskan 11 bintang, Safiq Rahim, Jese Rodriguez tidak terkecuali
Ini bermakna, kesemua pemain tersebut turut terlepas bersama Harimau Selatan dalam kempen Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).
- Stadium Astro
JUARA Liga Super 11 kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT), melepaskan 11 pemain serentak, sekali gus tidak berada dalam senarai pasukan menjelang musim hadapan.
Ringkasan AI
Ini bermakna, kesemua pemain tersebut turut terlepas bersama Harimau Selatan dalam kempen Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).
Antara yang mencuri tumpuan ialah, bekas penjaga gol Harimau Malaya, Farizal Marlias, yang sudah bersama sejak 2014 harus mengucapkan selamat tinggal kepada JDT selepas 11 tahun menabur bakti.
Turut mengikut jejak langkahnya, Safiq Rahim, yang sudah mencecah usia 37 tahun setelah menyapu bersih semua gelaran domestik bersama-sama.
Selepas pengumuman Kuching City menandatangani Ramadhan Saifullah secara tetap, menandakan ia sebagai sebahagian daripada pemain yang keluar demi mencari minit permainan dan saingan baharu.
Dalam masa sama, pertahanan Indonesia, Jordi Amat, mengetuai tujuh import lain yang meninggalkan Stadium Sultan Ibrahim (SSI) musim ini.
Bekas pemain Real Madrid, Jese Rodriguez, antara yang tersenarai bersama Murilo Henrique, Jonathan Viera, Alvaro Gonzalez, Roque Mesa dan Anselmo de Moraes. -- Stadium Astro
Dapatkan liputan dan kedudukan terkini Liga Super di sini
Ringkasan AI
- Johor Darul Ta'zim (JDT) melepaskan 11 pemain utama, termasuk legenda seperti Farizal Marlias dan Safiq Rahim, menjelang musim baharu Liga Super dan kempen Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).
- Pemain tempatan dan import turut terlibat, antaranya Ramadhan Saifullah yang menyertai Kuching City, serta Jordi Amat dan Jese Rodriguez yang mengetuai senarai tujuh pemain import yang meninggalkan kelab.
- Langkah ini menandakan fasa peralihan besar buat JDT, yang mungkin sedang merombak skuad untuk menghadapi cabaran baharu di pentas domestik dan Asia.