Johor Darul Ta'zim (JDT), yang sudahpun menempah tiket ke pusingan kedua Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2016, menang selesa 3-0 ke atas Bengaluru FC pada perlawanan terakhir Kumpulan H di Stadium Tan Sri Hasan Yunos Larkin, di sini malam ini.
Gol pertama JDT hasil tendangan kapten pasukan Safiq Rahim yang terkena kaki pemain pertahanan John Johnson pada minit ke-69.
Terdahulu, Safiq hanya masuk gelanggang pada separuh masa kedua pada minit ke-58 menggantikan Mohd Amri Yahyah.
Penyarung jersi nombor 10, Mohd Safee Mohd Sali kemudiannya menyempurnakan gol kedua pada hasil hantaran Safiq pada minit ke-77.
Gol terakhir JDT dijaringkan oleh Mohd Shakir Shaari hasil tendangan penalti pada minit ke-90 apabila S. Chanturu dikasari pemain pertahanan pasukan pelawat.
Skuad kendalian Mario Gomez yang dibarisi sepenuhnya pemain tempatan bagaimanapun memulakan langkah separuh masa pertama agak perlahan dengan beberapa percubaan ke pintu gawang lawan tidak berapa menjadi.
Tiga percubaan lain turut dilakukan oleh pemain JDT Mohd Nazrin Mohd Nawi pada minit ke-20, minit ke-33 dan minit ke-51, namun semuanya berjaya dipatahkan oleh pemain pertahanan dan penjaga gol kelab dari India, Amrinder.
Dengan aksi terakhir ini, JDT menang kesemua enam perlawanan dengan mengutip 18 mata.
Skuad Harimau Selatan, yang turut layak ke perlawanan akhir Piala FA Sabtu ini (14 Mei) itu sekaligus mengekalkan rekod tanpa kalah di kubu sendiri.
JDT menjadi satu-satunya kelab dari Malaysia yang layak ke pusingan seterusnya dalam saingan Piala AFC setelah Selangor tewas 0-1 kepada Tampines Rovers dalam aksi terakhir Kumpulan E malam semalam.
Juara Kumpulan H itu dijadualkan bertemu dengan naib juara Kumpulan F, Kaya FC dari Filipina bagi pusingan seterusnya yang merupakan pusingan kalah mati di Larkin pada 25 Mei ini.
Bernama
Wed May 11 2016
Pemain JDT, Putera Nadher Amarhan bersama rakan-rakan mengasak pemain Bengaluru FC, Kim Song Yong pada perlawanan Piala AFC di Stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin, Rabu. - Foto Bernama
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
JDT menang selesa ke atas Bengaluru FC
Dengan aksi terakhir ini, JDT menang kesemua enam perlawanan dengan mengutip 18 mata.