JDT muncul juara Piala Malaysia 2017

Zef Othman
November 4, 2017 15:16 MYT
Antara aksi dalam perlawanan akhir Piala Malaysia 2017 di Stadium Shah Alam, Sabtu malam. - Astro AWANI/Shahir Omar
Johor Darul Ta'zim (JDT) menamatkan kemarau 25 tahun selepas menjulang Piala Malaysia 2017 dengan menundukkan Kedah 2-0 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Shah Slam, sebentar tadi.
Pasukan Harimau Selatan bermula garang selepas memperoleh gol pertama seawal minit ke-2 hasil tandukan pemain pertahanan Mohamad Aidil Zafuan Razak.
Apabila babak kedua bermula, JDT menggandakan asakan dan gawang Lang Merah dirobek sekali lagi pada minit ke-62 menerusi jaringan Gonzalo Cabrera.
Kemenangan itu menyaksikan JDT melengkapkan koleksi kejuaraan dalam tempoh empat tahun. Sebelum ini JDT telahpun memenangi Liga Super, Piala FA dan Piala Sumbangsih.
Sebaik wisel penamat ditiupkan, keputusan penuh JDT 2, Kedah 0.
#bola sepak #JDT #Kedah #Piala Malaysia