JDT pertahan Piala Sumbangsih kali ke-6, tundukkan Terengganu FC 2-0

Fareez Azman
Februari 24, 2023 15:10 MYT
JDT menundukkan Terengganu FC 2-0 di Stadium Sultan Ibrahim pada Jumaat. - Gambar/ FB Johor Southern Tigers
JOHOR Darul Ta'zim (JDT) mempertahankan Piala Sultan Haji Ahmad Shah (Sumbangsih) kali keenam berturut-turut selepas menundukkan Terengganu FC 2-0 di Stadium Sultan Ibrahim pada Jumaat.
Perlawanan bermula seimbang apabila kedua-dua pasukan memperlihatkan penguasaan bola.
JDT berjaya meledakkan jaringan gol pertama lima minit sejurus sepak mula menerusi pemain baharu kelahiran Sepanyol, Juan Muniz.
Skuad bimbingan Esteban Solari itu terus mengandakan asakan, namun hanya mempunyai kelebihan satu gol menuju separuh masa pertama.
Separuh masa kedua, kedua-dua pasukan dilihat terus melancarkan serangan bertali arus.
JDT dilihat menguasai perlawanan sehingga membawa hasil pada minit ke-57 menerusi jaringan Bergson.
Kedudukan kekal 2-0 sehingga wisel penamat, menjadikan prestasi cemerlang JDT bagi saingan Liga Malaysia musim ini.
#JDT #TFC #Piala Sumbangsih #Liga Malaysia