KUALA LUMPUR: Juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT) mengekalkan rekod bersih untuk menamatkan pusingan pertama Liga Super 2023 dengan melakarkan kemenangan ke-13 dengan menundukkan Penang FC, 2-0, di Stadium Bandaraya, George Town, pada Sabtu malam.
Skuad bimbingan Esteban Solari mencipta rekod tersendiri dengan mengumpul 39 mata maksimum dan hanya membolosi satu gol dan menghasilkan 51 jaringan.
JDT mendahului liga dengan kelebihan 11 mata, mengatasi Selangor FC di tangga kedua.
Tonggak pertahanan JDT, La'vere Lawrence Corbin Ong membuka tirai jaringan buat Harimau Selatan menerusi sepakan voli rendah dari luar kotak penalti untuk menewaskan penjaga gol tuan rumah, Shafiq Afifi Suhaimi, pada minit ke-18.
Tersentak dengan jaringan tersebut, Penang, yang dibimbing Manzoor Azwira Abd Wahid, hampir mendapatkan gol penyamaan namun percubaan pemain pertahanan, A. Namathevan, sedikit melewati palang gol pada minit ke-25.
Bersambung babak kedua, Harimau Kumbang terus kecewa apabila percubaan oleh Giovane Gomes Da Silva dihalang oleh pemain gantian JDT, Ignacio Insa Bohigues pada minit ke-51 manakala pelawat menoktahkan kemenangan menerusi jaringan penyerang dari Argentina, Fernando Forestieri, lima minit sebelum masa sebenar tamat.
Keputusan hari ini menyaksikan Penang pula turun satu anak tangga ke tempat ke-10 dengan 14 mata.
Sementara itu, pencabar terdekat JDT, Selangor FC tewas mengejut kepada PDRM, 1-0, di tempat lawan di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya.
Jaringan tunggal penyerang import, Bruno Suzuki pada minit ke-61 sudah cukup untuk pasukan bimbingan Azzmi Aziz itu melakar kemenangan kedua berturut-turut selepas menang bergaya ke atas Kelantan FC, 4-1, pada 23 Mei lepas sekali gus memastikan mereka memungut tiga mata penuh untuk naik satu anak tangga di tempat kesembilan dengan 16 mata.
Aksi di Stadium Perak, Ipoh, pada sebelah petang pula menyaksikan pengendali baharu Perak FC, Yusri Che Lah gagal melepasi ujian pertama apabila pasukan bimbingannya ditewaskan Terengganu FC, 0-3.
Penyerang Thailand, Adisak Kraisorn memanfaatkan kesilapan pertahanan Perak yang gagal mengeluarkan bola dari kawasan berbahaya untuk menjaringkan gol pertama lawan, enam minit selepas perlawanan bermula dan Sony Norde pula menggandakan jaringan pasukannya hasil daripada serangan balas, 10 minit kemudian.
Pemain gantian Jordan Mintah terus menambah luka tuan rumah apabila berjaya menanduk masuk gol ketiga pelawat hasil sepakan sudut pada minit ke-74 untuk memastikan mereka membawa pulang tiga mata dan berada di tangga keenam dengan 20 mata manakala Perak pula kekal di tangga ke-11 dengan sembilan mata.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 03 2023

Skuad bimbingan Esteban Solari mencipta rekod tersendiri dengan mengumpul 39 mata maksimum dan hanya membolosi satu gol dan menghasilkan 51 jaringan. - Foto BERNAMA

Teater muzikal Lantai T. Pinkie dipentaskan semula Oktober ini
Karya itu yang pernah mencetuskan fenomena di negara ini, akan dipentaskan secara muzikal untuk kali keenam.

Kontinjen Malaysia diberi sambutan tradisional di Hangzhou
Sukan Asia ke-19 bakal menjadi tuan rumah kepada kira-kira 12,000 atlet dari 45 negara yang akan menyertai 481 acara daripada 40 sukan.

Sukan Asia: Shah Firdaus gagal pujuk Azizulhasni
Shah Firdaus berkata beliau telah cuba sedaya upaya meniup semangat kepada Azizulhasni namun usahanya menemui jalan buntu.

Beras import pada harga Rahmah di Jualan Rahmah seluruh negara
Bermula Jumaat, pengguna boleh mendapatkan beras import 5 kg pada harga tidak melebihi RM15 dan kampit 10kg pada harga di bawah RM30.

Kerajaan perlu laksana pembaharuan cukai lebih berani untuk capai sasaran defisit
Katanya, ruang fiskal yang terhad jadi penghalang utama untuk capai sasaran defisit antara 3.0 peratus dan 3.5 peratus menjelang akhir 2025.

KPT sentiasa sokong potensi mahasiswa ceburi bidang diminati - Ketua Setiausaha
Sektor pendidikan tinggi negara turut memberi penekanan yang sangat besar kepada usaha menggilap potensi dan bakat mahasiswa dalam sukan.

UNGA ke-78: Malaysia suarakan kebimbangan trend Islamofobia, xenofobia - PM Anwar
Tidak bertindak terhadap provokasi yang dilakukan secara terang-terangan terhadap agama adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab.
China nafi dakwaan kerosakan terumbu karang yang dilontar oleh Filipina
China nafi dakwaan kerosakan terumbu karang yang dilontar oleh Filipina dan menggesa Filipina tidak menggunakan informasi palsu untuk membenarkan dakwaan tersebut.
Filipina teliti tindakan undang-undang terhadap China
Filipina meneliti tindakan undang-undang yang bakal dikenakan terhadap China diatas kerosakan teruk terumbu karang di kepulauan Spratly yang merupakan wilayah maritim yang dipertikaikan.
10 Berita Pilihan - (22 September 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

ACL: Sepakan guntung Marcinho buat JDT gigit jari
Penyerang berusia 28 tahun dari Brazil itu memecah kebuntuan pada penghujung babak pertama selepas memanfaatkan tandukan Tatsuki Seko.

ACL: Peluang JDT tebus kekecewaan musim lalu
Selain Kawasaki Frontale, skuad JDT turut diundi bersama Ulsan Hyundai dari Korea Selatan dan BG Pathum United kelab dari Thailand.

Piala Malaysia: JDT bawa bekalan selesa, atasi N.Sembilan 3-0
JDT meraih bekalan selesa apabila membenam juara tiga kali Negeri Sembilan FC (NSFC) 3-0 pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia 2023.

Pahang Rangers tambah koleksi kejuaraan
Pada penentuan penalti itu, penjaga gol Zainulzahin Sinuan muncul wira Pahang Rangers selepas menyelamatkan dua sepakan.

'Ini bukan aksi sebenar JDT' - Solari
Esteban Solari mengakui JDT tidak beraksi pada tahap sebenar apabila sekadar meraih satu mata setelah terikat 3-3 ketika bertemu Kedah Darul Aman (KDA) FC.

Nafuzi puas hati anak buahnya 'ikat' JDT
Ketua Jurulatih JDT pula mengakui, pasukan Kedah bermain dengan baik dan pasukannya mempunyai banyak peluang menjaringkan lebih gol namun tidak berhasil.

Gol Juraboev bantu KDA FC tangguh kejuaraan JDT
Keputusan itu juga menyaksikan KDA muncul pasukan pertama yang berjaya mengikat JDT.

Misi JDT tumpaskan Kedah
Perlawanan kali ini agak berbeza kerana kami bermain dalam keadaan berpeluang untuk muncul juara (Liga Super), kata pengendali JDT, Esteban Solari.

Piala Malaysia: Negeri Sembilan perlu perkemas 'jurang' jumpa JDT
Pemain-pemain tengah Hobin Jang Hobin juga perlu lebih berdispilin apabila bertahan ketika menangani pemain-pemain kreatif Harimau Selatan.

Piala Malaysia: JDT ke suku akhir dengan agregat 15-1 ke atas Kelantan
JDT membelasah Kelantan FC 10-0 dalam perlawanan kedua pusingan 16, Piala Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri sebentar tadi.