Juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT) mencerahkan peluang mengekalkan kejuaraan Liga Super selepas menang tipis 3-2 ke atas pesaing terdekat, Felda United pada aksi ke-19 liga di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka Pahang, malam tadi.
Kemenangan ke-15 dicatat skuad Harimau Selatan kendalian Mario Gomez menyaksikan mereka mengutip 49 mata, berkelebihan tujuh mata ke atas Felda United dengan tiga perlawanan untuk ditamatkan.
Tiga gol JDT pada perlawanan tersebut dijaringkan Mohd Amri Yahyah pada minit ke-29, Juan Martin Lucero (minit ke-36) dan Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak pada minit ke-59 manakala gol pasukan tuan rumah hasil jaringan Muhammad Syahid Zaidon pada minit ke-37 dan Mohd Hadin Azman pada minit ke-44.
Terdahulu, pemain Felda United, Nor Fadzly Alias dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan pada minit ke-58 kerana membantah kad kuning yang diterimanya selepas mengasari pemain JDT.
Di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu, jaringan pada penghujung perlawanan oleh Baddrol Bakhtiar menyaksikan Kedah menang tipis 2-1 ke atas Kelantan.
Terdahulu, Abdul Halim Shaari meletakkan Kedah di hadapan menerusi gol pembukaan pada minit ke-20 sebelum Wan Zack Haikal Wan Noor menyamakan kedudukan untuk Kelantan pada minit ke-70.
Sebelum itu, jurulatih Kelantan, Velizar Emilov Popov diarah meninggalkan kawasan padang selepas bertindak mempertikaikan beberapa keputusan diambil pengadil perlawanan, Muhd Nazmi Nasaruddin.
Selangor pula kekal di tangga keempat carta Liga Super selepas seri 1-1 menentang Sarawak di Stadium Negeri, Kuching.
Junior Aparecido meletakkan skuad 'Ngap Sayot' di hadapan pada minit ke-40 sebelum Adam Nor Azlin menyamakan kedudukan untuk Selangor pada minit ke-76.
Sebelum itu, Selangor beraksi dengan 10 pemain setelah pertahanannya, Ugo Ukah dilayangkan kad merah selepas dikatakan sengaja menghantuk kepala rakan sepasukannya, Bunyamin Umar pada penghujung perlawanan.
Pada aksi pertembungan dua pasukan utara, Perak menang selesa 4-1 ke atas Pulau Pinang di Stadium Perak, Ipoh.
Empat gol skuad The Bos Gaurus dihasilkan oleh D. Kenny Pallraj pada minit ke-27, Mohamad Fazrul Hazli (minit ke-38), Muhammad Ridzuan Azly (minit ke-69) dan Elias Fernandes de Oliveira pada minit ke-81.
Gol tunggal Pulau Pinang dijaringkan oleh Ranti Martins menerusi sepakan penalti pada minit ke-56 setelah Jeong Seok Min dikasari kapten Perak, Mohd Nasir Basharudin dalam kotak penalti.
T-Team turut mengutip tiga mata selepas menang tipis 2-1 ke atas Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada aksi di Stadium Hang Jebat, Melaka.
Dua gol skuad 'The Titans' disumbangkan oleh Mohd Nor Hakim Hasan pada minit ke-14 dan Dilshod Sharofetdinov pada minit ke-41 sebelum PDRM mengurangkan defisit jaringan menerusi Muhd Fakhrul Aiman Sidid pada minit ke-82.
Sebelum itu, PDRM terpaksa beraksi dengan 10 pemain setelah Ahmad Nizam Mohd Rodzi dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan, Shaharudin Man setelah mengasari pemain T-Team, Mohd Hasan Basri Ahmad pada minit ke-77.
Perlawanan antara dua pasukan Pantai Timur, Terengganu dan Pahang di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus berakhir dengan keputusan seri 1-1.
Bernama
Thu Aug 25 2016
Pemain-pemain Johor Darul Takzim (JDT) merai kejayaan mengalahkan pesaing terkuat mereka Felda United sekali gus menghampiri gelaran juara Liga Super 2016, pada perlawanan di Stadium Tun Abdul Razak. - Foto Bernama
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Tiada perancangan kembalikan Felda United FC - Idris Jusoh
Felda mempunyai perkara yang lebih besar untuk dititikberatkan sebagai proses rasionalisasi lembaga itu.
JDT kekal rekod tanpa kalah, Selangor pamer kebangkitan
JDT menamatkan cabaran saingan musim ini dengan rekod tanpa kalah selepas merakam kemenangan kesembilan apabila membelasah Melaka 5-0 di Stadium Hang Jebat, Melaka.
Jangan menyerah kalah dengan JDT - Kurniawan
Melihat pada keputusan dua perlawanan terakhir di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, senario itu pasti akan meresahkan mana-mana pasukan.
Liga Super: PJ City ikat JDT 2-2, PDRM tersingkir
Skuad Harimau Selatan membuka jaringan menerusi penyerang profilik negara Safawi Rasid pada minit ke-35, namun pasukan tuan rumah pantas menyamakan kedudukan.
12 pasukan Liga M lengkap proses penswastaan
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), mengesahkan sebanyak 12 pasukan Liga Malaysia (Liga-M) telah berjaya melengkapkan penswastaan kelab.
TEMCO Kedah: Persiapan Lang Merah tidak terjejas, sedia hadapi Sabah
Pasukan Lang Merah itu memerlukan sekurang-kurangnya tiga mata dalam perlawanan akan datang untuk berada selesa dalam saingan liga.
COVID-19: FAM akui status kewangan terkesan
Wabak COVID-19 menyebabkan badan induk bola sepak negara itu terpaksa menggunakan jalan alternatif bagi memastikan kerjasama dengan penaja kekal terjalin.
JDT hentikan sementara penjualan tiket perlawanan Liga Super
JDT memutuskan untuk menghentikan sementera penjualan tiket perlawanan akan datang membabitkan aksi skuad Harimau Selatan menentang Felda United di Stadium Sultan Ibrahim.
Isu denda: Felda United kemuka rayuan
Felda United mengambil langkah proaktif dalam menangani isu pemotongan geran selepas menjadi pasukan pertama mengemukakan rayuan kepada Liga Bolasepak Malaysia (MFL), hari ini.
JDT kembali kuasai carta Liga Super
Kemenangan kelima dari enam perlawanan tersebut menyaksikan skuad Harimau Selatan mengekalkan rekod tanpa kalah dan mengutip 16 mata, dengan pencabar terdekat Pahang ketinggalan dua mata di tangga ked