awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JDT terus di puncak liga, Kedah kutip tiga mata di laman sendiri

Bernama
Bernama
14/07/2023
23:40 MYT
JDT terus di puncak liga, Kedah kutip tiga mata di laman sendiri
Penjaga gol Kelantan FC Muhammad Johan Shahzidane Tendot Johari Tendot (kiri) berjaya menyelamatkan sepakan pemain Johor Darul Takzim Juan Muniz Gallego (kanan). - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Johor Darul Ta'zim (JDT) terus mengukuhkan cengkaman di persada Liga Super 2023 selepas membelasah Kelantan FC 5-0 pada aksi berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu, malam tadi.
Kejayaan malam tadi menyaksikan JDT terus melebarkan rekod tanpa kalah selepas 17 perlawanan.
Harimau Selatan membuka jaringan pada minit kesembilan hasil rembatan luar kotak penalti Fernando Forestieri, menewaskan penjaga gol tuan rumah Mohammad Johan Tendot.
Tandukan Oscar Arribas pada minit ke-23 meletakkan anak buah Esteban Solari itu di hadapan sebelum Forestieri berjaya menghidu peluang di hadapan pintu gol lawan untuk menambah gol ketiga pada minit ke-60.
Kecuaian pemain Kelantan mengundang padah apabila JDT menyumbat gol keempat menerusi Bergson da Silva sebelum pemain gantian Muhammad Akhyar Abdul Rashid menoktahkan kemenangan Harimau Selatan dengan gol kelima pada minit ke-77.
Sementara itu, di KEDAH, tuan rumah mengutip mata penuh hasil kemenangan 3-1 ke atas Kelantan United FC di Stadium Darul Aman, Alor Setar.
Gol skuad Kenari dijaringkan Ifedayo Olusegun pada minit ke-54 dan 74 manakala gol ketiga pula menerusi sepakan deras Amirbek Juraboev menewaskan penjaga gol Kelantan.
Pasukan pelawat bagaimanapun memperoleh gol sagu hati menerusi Ismaheel Akinade sebelum wisel penamat ditiupkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Liga Super
#JDT
#Kedah FC
#bola sepak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan