SUKAN
JDT umum ikat pemain tengah Ager Aketze
Sepanjang bersama Zaragoza, Aketxe telah beraksi dalam 38 perlawanan dengan meledak dua gol selain mencatat tiga bantuan jaringan. - FB Johor Southern Tigers
JOHOR BAHRU: Johor Darul Ta'zim (JDT) mengumumkan kemasukan pemain tengah dari Sepanyol, Ager Aketxe bagi memperkuat skuad Harimau Selatan bagi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.
Ringkasan AI
Pengumuman itu dibuat menerusi laman Facebook rasmi Johor Southern Tigers hari ini selepas perpindahan perancang tengah Real Zaragoza berusia 31 tahun itu dimuktamadkan sejam sebelum jendela pendaftaran pertama Liga-M ditutup tengah malam tadi.
"Selamat datang ke Home of The Southern Tigers, Ager," menurut kenyataan tersebut.
Sepanjang bersama Zaragoza, Aketxe telah beraksi dalam 38 perlawanan dengan meledak dua gol selain mencatat tiga bantuan jaringan.
JDT ketika ini di bawah kendalian Xisco Munoz berada di kedudukan teratas Liga Super selepas mereka merekodkan kemenangan bersih dalam empat perlawanan awal.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- JDT umum kemasukan Ager Aketxe, pemain tengah Sepanyol berusia 31 tahun dari Real Zaragoza, sejam sebelum jendela perpindahan Liga-M ditutup.
- Aketxe pernah beraksi 38 perlawanan bersama Zaragoza dengan 2 gol dan 3 bantuan jaringan.
- JDT di bawah kendalian Xisco Munoz kini mendahului Liga Super selepas menang bersih dalam empat perlawanan awal.