[TERKINI] Krisis Iran-Israel Meluas | Serangan AS ke Tapak Nuklear Cetus Kebimbangan Global – Ini Apa yang Kita Tahu Setakat Ini
SPORTS

JDT umum ketibaan 'kereta kebal' baru, Alvaro Gonzalez!

Astro Arena 04/02/2025 | 02:45 MYT
Khidmat Gonzalez (gambar) bakal membantu jentera pertahanan JDT dengan pengalamannya beraksi liga Juara-Juara UEFA (UCL) sebelum ini. - Foto Astro ARENA
JOHOR Ta'zim (JDT) secara rasmi mengumumkan ketibaan tonggak pertahanan baru, Alvaro Gonzalez, yang akan memperkuatkan pasukan dari selatan tanah air itu.
Pemain berusia 25 tahun kelahiran Sepanyol itu pernah beraksi di saingan liga utama Eropah bersama kelab Real Zaragoza, Espanyol, Villarreal, Marseille dan juga Liga Saudi Pro, Al-Nassr.
Khidmat Gonzalez semestinya bakal membantu jentera pertahanan JDT dengan pengalamannya beraksi liga Juara-Juara UEFA (UCL) sebelum ini.
Rekod sepanjang kariernya menyaksikan dia beraksi dalam 451 perlawanan dalam semua kejohanan dan telah mengumpul 10 gol dan 12 bantuan jaringan.
Ketika ini skuad kendalian Hector Bidolgio itu berada di kedudukan keenam dalam carta liga ACLE dengan lapan mata dengan misi untuk mara ke pusingan seterusnya.
JDT bakal membuat perhitungan berdepan lawan dari Australia, Central Coast, Selasa depan.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Alvaro Gonzalez #JDT #liga ACLE #UCL