awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JDT unggul di puncak Liga Super

Bernama
Bernama
06/02/2018
16:14 MYT
JDT unggul di puncak Liga Super
Pemain JDT Mohd Fadhli Mohd Shas meraikan jaringannya ketika menentang PKNP FC pada perlawanan Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin pada Selasa. --fotoBERNAMA
Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) meneruskan rekod tanpa kalah di laman sendiri selepas menang selesa 3-0 ke atas pasukan kelab PKNP FC pada aksi kedua liga di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam ini.
Kemenangan tersebut menyaksikan skuad Harimau Selatan yang merupakan juara Piala Sumbangsih 2018, kekal mendahului carta Liga Super dengan kutipan enam mata selepas beraksi dua perlawanan.
Tiga gol pasukan JDT pada perlawanan berkenaan dijaringkan oleh Jorge Pereyra Diaz pada minit ke-43, Mohd Fadhli Mohd Shas minit ke-57 dan Natxo Insa pada penghujung babak perlawanan.
Dalam pada itu, Kelantan gagal menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri setelah seri 1-1 berdepan pasukan jiran, Terengganu FC I (TFC I) pada aksi di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu.
Pasukan pelawat terlebih dahulu berada di depan hasil jaringan Tchetche Hermann Brice Kipre seawal minit pertama sebelum pemain import dari Korea Selatan, Do Dong-hyun menyamakan kedudukan untuk Kelantan pada minit ke-38 selepas Nik Mohd Shahrul Azim Nik Abdul Halim dijatuhkan oleh pemain pelawat di dalam kotak penalti.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bola sepak
#JDT
#Liga Super
#pknp fc
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan