awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krismas: TPM Fadillah ajak rakyat terus perkukuh perpaduan, saling menghormati
Itali tangkap ketua mafia yang lama diburu di pangsapuri rahsia di Naples
Forest City berpotensi selesai isu kesesakan trafik, kepadatan penduduk Johor Bahru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jelajah Dunia Akhir BWF bertukar venue dari Guangzhou ke Bangkok

Bernama
Bernama
15/11/2022
12:04 MYT
Jelajah Dunia Akhir BWF bertukar venue dari Guangzhou ke Bangkok
BWF dalam kenyataan hari ini berkata kejohanan tersebut akan berlangsung pada 7 hingga 11 Dis ini, iaitu seminggu lebih awal daripada yang ditetapkan sebelum ini. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Nimibutr Arena di Bangkok, Thailand merupakan venue baharu bagi Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2022, yang sebelum ini dijadualkan di Guangzhou, China.
Susulan perubahan venue itu, BWF dalam kenyataan hari ini berkata kejohanan tersebut akan berlangsung pada 7 hingga 11 Dis ini, iaitu seminggu lebih awal daripada yang ditetapkan sebelum ini.
"BWF, setelah berbincang dengan Persatuan Badminton China (CBA), bersetuju untuk mengubah lokasi venue berikutan pelbagai cabaran terkini situasi pandemik (COVID-19)," menurut kenyataan itu.
Menurut badan induk itu, senarai pemain yang layak untuk kejohanan bernilai USD1.5 juta (kira-kira RM6.82 juta) itu akan disahkan pada 22 Nov ini selepas Terbuka Australia.
Setakat ini, pemain negara yang berada dalam ranking lapan terbaik bagi kelayakan ke Jelajah Dunia Akhir itu adalah beregu lelaki Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Ong Yew Sin-Teo Ee Yi; Pearly Tan-M.Thinaah dan Vivian Hoo-Lim Chiew Sien (beregu wanita) dan Tan Kian Meng-Lai Pei Jing serta Goh Soon Huat-Shevon Lai (beregu campuran).
Bagaimanapun, perseorangan utama negara Lee Zii Jia, yang kini pada kedudukan kesembilan Road to Guangzhou itu, perlu memperbaiki ranking menerusi Terbuka Australia di Sydney untuk peluang melayakkan diri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jelajah Dunia Akhir
#BWF
#tukar venue
#Bangkok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan