SUKAN
Jelajah Dunia Akhir BWF: Pearly-Thinaah juara kumpulan walaupun tewas perlawanan ketiga
Pearly-Thinaah bermain sehabis tenaga dalam pertarungan yang berlangsung selama 81 minit itu sebelum akhirnya akur kepada Yuki Fukushima-Mayu Matsumoto. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Tewas kepada pasangan Jepun dalam aksi terakhir Kumpulan A tidak mengubah kedudukan beregu wanita utama negara Pearly Tan-M. Thinaah sebagai pendahulu, sekali gus mara ke separuh akhir Kejohanan Jelajah Dunia Akhir 2025 di Hangzhou, China.
Ringkasan AI
Pearly-Thinaah bermain sehabis tenaga dalam pertarungan yang berlangsung selama 81 minit itu sebelum akhirnya akur kepada Yuki Fukushima-Mayu Matsumoto, 15-21, 21-16, 19-21.
Bercakap melalui rakaman audio yang dikongsi oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) kepada media, Thinaah mengakui mereka tidak memulakan perlawanan seperti yang diharapkan.
"Jadi pada set kedua kami berbincang tentang bagaimana untuk melakukan beberapa pukulan dan permainan menjadi bertambah baik hingga ke set penentuan. Saya rasa perkara paling penting ialah untuk saling menyokong dan kekal tenang pada saat penuh tekanan.
"Bagaimanapun, pada hujung perlawanan pasangan Jepun telah melakukan dengan baik, mereka memberi tekanan kepada kami hingga ke akhir perlawanan. Kami tidak mahu lagi memikirkan kekalahan hari ini kerana ia telah berlalu, kami hanya mahu berbincang dan bersedia untuk aksi esok," katanya.
Sementara itu, Pearly pula berkata keutamaannya sepanjang pertarungan sengit itu ialah untuk menamatkan perlawanan dalam keadaan fizikal yang baik selepas berasa tidak selesa pada kakinya dalam beberapa ketika sepanjang aksi tersebut.
Dalam aksi beregu campuran, juara dunia Chen Tang Jie-Toh Ee Wei terpaksa berpuas hati di tempat kedua Kumpulan B selepas tewas 18-21, 24-26 kepada pasangan nombor satu dari China, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping pada perlawanan terakhir kumpulan mereka.
Undian separuh akhir yang melibatkan Pearly-Thinaah dan Tang Jie-Ee Wei hanya akan dijalankan selepas semua perlawanan peringkat kumpulan selesai.
Sementara itu, satu lagi pasangan beregu campuran negara Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie menoktahkan kempen Jelajah Dunia Akhir apabila tewas buat kali ketiga berturut-turut dalam Kumpulan B, kali ini kepada pasangan Indonesia Jafar Hidayatullah-Felisha Alberta Nathaniel Pasaribu, 17-21, 17-21.
--BERNAMA
Ringkasan AI
- Pasangan beregu wanita Malaysia, Pearly Tan-M. Thinaah, mara ke separuh akhir Kejohanan Jelajah Dunia Akhir 2025 setelah tewas kepada pasangan Jepun dalam aksi terakhir Kumpulan A, namun kedudukkan mereka sebagai pendahulu tidak berubah.
- Thinaah mengakui kekurangan pasukan Malaysia dalam perlawanan tetapi menegaskan keperluan untuk saling menyokong dan kekal tenang pada saat-saat tertekan; sementara Pearly menitikberatkan kesihatan fizikal sepanjang perlawanan yang tidak selesa pada kakinya.
- Dalam aksi beregu campuran, juara dunia Chen Tang Jie-Toh Ee Wei terpaksa menerima tempat kedua selepas tewas kepada pasangan nombor satu dari China, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping, manakala pasangan Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie mengakhiri kempen dengan kekalahan ketiga berturut-turut kepada pasangan Indonesia.