awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
Rasuah: Bekas Menteri Keadilan China dijatuhi hukuman penjara seumur hidup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir

Bernama
Bernama
12/12/2024
15:35 MYT
Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Zii Jia seterusnya akan bertemu wakil China Li Shifeng bagi aksi pelengkap kumpulan, yang kesemuanya akan berlangsung esok. - Gambar BAM
KUALA LUMPUR: Perseorangan profesional lelaki negara Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2024 di Hangzhou, China hari ini.
Pemain nombor lapan dunia itu, meneruskan momentum kecemerlangannya selepas mengejutkan ranking nombor dua dunia dari Denmark Anders Antonsen 21-14, 21-19, dalam tempoh 47 minit pada aksi di Gimnasium Olimpik Hangzhou.
Zii Jia seterusnya akan bertemu wakil China Li Shifeng esok, bagi melengkapkan aksi peringkat kumpulan.
Beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik turut mengiringi langkah positif itu, selepas bangkit daripada kekalahan set pertama 19-21 sebelum melakar kemenangan 21-14, 21-15 ke atas pasangan Indonesia Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto, pada perlawanan kedua mereka dalam saingan Kumpulan B.
Aaron-Wooi Yik bagaimanapun perlu memenangi satu lagi perlawanan menentang pasangan Indonesia Sabar Karyaman Gutama-Muhammad Reza Pahlevi Isfahani, bagi aksi pelengkap kumpulan sebelum mengesahkan diri ke separuh akhir.
Dalam pada itu, beregu profesional lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani kembali menghidupkan peluang untuk mara ke separuh akhir, selepas melakar kemenangan pertama mereka dalam peringkat Kumpulan A dengan menewaskan pasangan Taiwan Lee Jhe Huei-Yang Po Hsuan 15-21, 21-19, 21-13.
Sze Fei-Nur Izzudin bagaimanapun perlu memburu kemenangan kedua mereka ke atas juara Olimpik dua kali Lee Yang-Wang Chi Lin dari Taiwan, pada aksi pelengkap kumpulan untuk mengesahkan slot ke separuh akhir.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#BWF
#Lee Zii Jia
#Olimpik
#kemenangan pertama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan