SUKAN
Jelajah Dunia BWF: Aaron-Wooi Yik menang aksi pertama
Aaron Chia-Soh Wooi Yik (gambar) akan menentang Liang Wei Keng-Wang Chang hari ini dalam misi memburu kemenangan kedua bagi mencerahkan peluang mara ke separuh akhir. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik membuka tirai kejohanan Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dengan cemerlang selepas menewaskan gandingan Indonesia Muhammad Shohibul Fikri-Fajar Alfian dalam saingan Kumpulan B di Hangzhou, China semalam.
Pasangan di ranking kedua dunia itu bangkit daripada kekalahan set pertama untuk melakar kemenangan 22-24, 21-18, 21-19 dalam tempoh 83 minit.
Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris itu akan turun menentang pasangan China Liang Wei Keng-Wang Chang hari ini dalam misi memburu kemenangan kedua bagi mencerahkan peluang mara ke separuh akhir.
Sementara itu, satu lagi beregu lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun tunduk kepada pasangan Indonesia Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani 21-23, 19-21.
Wei Chong-Kai Wun akan bertemu pasangan Taiwan Chiu Hsiang Chieh-Wang Chi Lin pada aksi kedua Kumpulan A hari ini.
Mengikut format perlawanan, dua beregu terbaik setiap kumpulan akan mara ke separuh akhir yang dijadual berlangsung Sabtu ini.
-- BERNAMA

#Jelajah Dunia BWF
#Aaron Chia-Soh Wooi Yik
#Muhammad Shohibul Fikri-Fajar Alfian
#Liang Wei Keng-Wang Chang