awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jentera serangan Kelantan FC perlu lebih agresif - Jurulatih

Bernama
Bernama
17/03/2022
21:14 MYT
Jentera serangan Kelantan FC perlu lebih agresif - Jurulatih
Rezal berkata, ketumpulan barisan serangan amat terserlah apabila gagal menyudahkan banyak peluang terhidang ketika menentang PJ City Ahad lalu. - Foto Facebook TRW Kelantan FC
KOTA BHARU: Ketua jurulatih Kelantan FC Rezal Zambery Yahya menuntut jentera serangannya lebih agresif mencetak gol pada aksi Liga Premier menentang Skuad Projek FAM-MSN di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras hari ini.
Pengendali kelahiran Johor itu jelas kecewa terhadap barisan penyerang importnya apabila mensia-siakan banyak peluang semasa aksi kalah mati Piala FA menentang Petaling Jaya City (PJ City), Ahad lepas.
"Ketumpulan barisan serangan diketuai pemain import, Nixon Guylherme, Kervens Belfort dan Fadel Antar amat terserlah apabila gagal menyudahkan banyak peluang terhidang ketika menentang PJ City.
"Oleh itu, untuk perlawanan esok saya mahu mereka lebih agresif apabila berdepan pasukan lawan yang dibarisi pemain muda," katanya ketika dihubungi semalam.
Pada aksi pusingan pertama Piala FA di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya, Ahad lepas, Kelantan FC tumpas 1-2 kepada PJ City.
Sementara itu, skuad Kelantan United FC (KUFC) kehilangan khidmat empat pemain selepas mereka disahkan positif COVID-19 menjelang aksi Liga Premier menentang JDT II di Stadium Pasir Gudang, Johor, hari ini.
Ketua Jurulatih KUFC Syamsul Saad berkata ketiadaan empat tonggak tersebut akan memberi tekanan dan mengganggu perancangan pasukan untuk meraih mata di gelanggang lawan.
"Selain kehilangan empat tonggak pemain, kami terpaksa melakukan perjalanan jauh 13 jam ke Johor, ini menambah lagi cabaran buat diri saya dan pasukan untuk menghadapi perlawanan ini.
"Harapan saya agar pemain yang ada mampu mengatasi kesukaran ini kerana ia antara perkara yang kerap berlaku sejak tahun lepas apabila negara berdepan penularan COVID-19," katanya yang dihubungi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rezal Zambery Yahya
#Kelantan FC
#pemain import
#Liga Premier
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan