Jepun, Thailand tuan rumah Kejohanan Badminton Para Dunia 2021 dan 2023

Bernama
November 17, 2020 20:34 MYT
Badminton Kanada dan Badminton Peru akan terus menjadi destinasi tuan rumah utama untuk pertandingan para antarabangsa yang diluluskan BWF. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Jepun dan Thailand akan menjadi tuan rumah kepada dua edisi Kejohanan Badminton Para Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
BWF dalam satu kenyataan berkata kedua-dua negara masing-masing diberikan tanggungjawab menjadi tuan rumah kepada pertandingan berprestij itu selepas undian yang dijalankan oleh Majlis BWF pada Isnin.
"BWF beruntung kerana mendapat empat bidaan berkualiti tinggi untuk kedua-dua edisi kejohanan. Persekutuan Badminton Para Jepun mengatasi Badminton Peru untuk edisi 2021 sementara Persatuan Badminton Thailand mendapat lampu hijau berbanding Badminton Kanada bagi 2023.
"Majlis BWF bertekad Jepun dan Thailand akan memberikan yang terbaik, rangka kerja paling mapan untuk memberikan standard tertinggi mungkin bagi kejohanan dan akhirnya pengalaman terbaik buat atlet," kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu lagi, Badminton Kanada dan Badminton Peru akan terus menjadi destinasi tuan rumah utama untuk pertandingan para antarabangsa yang diluluskan BWF.
-- BERNAMA
#BWF #badminton #Thailand #Jepun #Badminton Kanada #Badminton Peru