[TERKINI] Amir Hamzah Jalankan Tugas Menteri Ekonomi Berkuat Kuasa Serta-Merta – RMK13 Jadi Tumpuan | Berita Lanjut di Sini
SPORTS

Jerebu: Keputusan KL Marathon 2013, diteruskan atau tidak Khamis ini

Bernama 25/06/2013 | 05:56 MYT
Keputusan sama ada Standard Chartered KL Marathon 2013 yang dijadual Ahad ini ditangguhkan atau tidak berikutan keadaan berjerebu sekarang, akan ditentukan Khamis ini.
Pengarah Dirigo Events Sdn Bhd, Rainer Biemans berkata pihaknya sedang memantau situasi jerebu itu dan berdasarkan keadaan sekarang, larian tersebut masih diteruskan.
"Kami mengutamakan kesihatan peserta. Tetapi kalau jerebu semakin teruk, kami akan mengumumkan penangguhan acara berkenaan selewat-lewatnya pada pagi Khamis ini," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Larian anjuran Dirigo Events Sdn Bhd itu yang akan bermula dan berakhir di Dataran Merdeka di sini, bakal disertai kira-kira 33,000 peserta termasuk 3,600 pelari luar negara.
Sebanyak enam kategori dipertandingkan termasuk jarak 42km (maraton penuh), 21km (separa maraton) dan 10km, selain acara larian kanak-kanak.
#kl marathon 2013 #standard chatered