SUKAN
Jika pemain tiada penaja, lebih baik bersama skuad kebangsaan - Wei Feng
Menurut Wei Feng, BAM perlu meluaskan pemilihan 'pool of players' daripada peringkat akar umbi, bagi memastikan generasi seterusnya mampu mempamerkan persembahan tahap tinggi di peringkat dunia. - Gambar Stadium ASTRO
Pemenang pingat emas acara berpasukan campuran di temasya Sukan Komanwel Glasgow 2014, Chong Wei Feng, beranggapan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tidak berjaya membentuk pemain perseorangan terbaik negara ketika ini.
Ringkasan AI
Paling ketara adalah Lee Zii Jia yang kini menghuni ranking ke-145 dunia setelah berehat panjang susulan bergelut dengan masalah kecederaan yang dihadapinya.
Menurut Wei Feng, BAM perlu meluaskan pemilihan 'pool of players' daripada peringkat akar umbi, bagi memastikan generasi seterusnya mampu mempamerkan persembahan tahap tinggi di peringkat dunia.
Persoalannya kini adakah pemain sedia ada, benar-benar berkualiti atau sudah tiba masanya untuk badan induk badminton negara itu menyalin 'pemain baharu'?
"Pemain sedia ada perlu cari solusi terbaik meningkatkan ranking mereka, pada masa yang sama perlu cuba daripada peringkat muda lebih muda seperti usia 15,16 dan 17 tahun," katanya.
Wei Feng juga menerima baik seandainya pemain profesional diberi peluang sparring bersama pemain BAM, dan mengulas keputusan pemain profesional kembali ke pangkuan BAM kembali.
"Kadangkala terpulang kepada mereka juga, kadangkala pemain profesional ada penaja dan terikat dengan penaja sendiri.
"Jika yang tiada penaja, lebih baik masuk skuad negara dengan kemudahan yang ada." katanya kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.
Ringkasan AI
- Chong Wei Feng mengkritik Persatuan Badminton Malaysia (BAM) kerana gagal membangunkan pemain perseorangan terbaik negara, contohnya Lee Zii Jia yang kini berada di ranking ke-145 dunia disebabkan masalah kecederaan.
- Wei Feng menyarankan BAM perlu meluaskan pemilihan pemain dari peringkat akar umbi agar generasi seterusnya mampu bersaing di peringkat dunia.
- Beliau menekankan pemain sedia ada perlu mencari penyelesaian untuk meningkatkan ranking serta memberi peluang kepada pemain muda untuk berkembang, sambil memberi sokongan kepada pemain profesional yang kembali ke BAM.