SUKAN
Joao Felix bakal sertai Cristiano Ronaldo di Al-Nassr
Felix menyertai Chelsea pada Ogos 2024, namun menghabiskan separuh kedua musim lalu secara pinjaman bersama AC Milan. - Foto Reuters
CHELSEA dijangka bakal melepaskan khidmat Joao Felix kepada kelab Arab Saudi, Al-Nassr, dalam satu pakej perpindahan berjumlah 50 juta euro (RM247 juta) untuk pemain Portugal berusia 25 tahun itu.
Ringkasan AI
Al-Nassr bakal membuat bayaran pendahuluan sebanyak RM148 juta dan tambahan RM99 juta bergantung kepada pencapaian, yang akan menyaksikan Felix menyertai rakan senegara, Cristiano Ronaldo, jika tiada halangan pada saat akhir.
Perpindahan itu dijangka mempercepatkan proses bagi Chelsea menyambar khidmat bintang Belanda berusia 22 tahun, Xavi Simons, dari RB Leipzig yang berminat berpindah ke Stamford Bridge.
Simons bakal mengikuti jejak Joao Pedro, Liam Delap dan beberapa lagi pemain yang menyertai kelab itu dalam jendela perpindahan kali ini.
Felix menyertai Chelsea pada Ogos 2024, namun menghabiskan separuh kedua musim lalu secara pinjaman bersama AC Milan. -- Stadium Astro
Ringkasan AI
- Joao Felix bakal sertai Al-Nassr dengan nilai perpindahan sekitar 50 juta euro (RM247 juta), termasuk bayaran pendahuluan dan insentif berdasarkan prestasi.
- Chelsea dijangka percepat rundingan untuk mendapatkan Xavi Simons dari RB Leipzig sebagai pengganti, selepas pemergian Felix.
- Felix sebelum ini dipinjamkan ke AC Milan, selepas menyertai Chelsea secara tetap pada Ogos 2024, namun gagal menyerlah sepenuhnya di Stamford Bridge.