SUKAN
Joao Figueiredo perkukuh jentera serangan JDT
Media sosial rasmi JDT memaparkan gambar Joao Figueiredo menyarung jersi nombor 25 bersama skuad Harimau Selatan.
KUALA LUMPUR: Juara Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) memperkukuh jentera serangan bagi musim 2025 dengan membawa masuk penyerang warisan kebangsaan Joao Figueiredo.
Ringkasan AI
Perkembangan itu diumumkan menerusi media sosial rasmi kelab hari ini, yang turut memaparkan pemain kelahiran Brazil itu menyarung jersi nombor 25 bersama skuad Harimau Selatan.
"Joao Figueiredo membawa komitmen dan semangat juangnya ke Johor Darul Ta'zim FC. Beliau kini menjadikan Johor sebagai rumah baharunya bersama Southern Tigers," menurut kenyataan kelab.
Figueiredo, 29, menyertai JDT selepas mencatat tujuh jaringan dan dua bantuan gol bersama Istanbul Basaksehir dalam saingan Liga Super Turki musim lalu.
Pemain naturalisasi itu turut melakukan penampilan sulung bersama skuad Harimau Malaya pada 10 Jun lepas, dan berjaya membuka tirai jaringan ketika Malaysia menewaskan Vietnam 4-0 dalam aksi kelayakan Piala Asia di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Penyertaannya menjadikan beliau pemain warisan ketiga yang menyertai JDT musim ini selepas pemain tengah Belanda-Malaysia, Hector Hevel dan pertahanan Sepanyol-Malaysia, Jon Irazabal, sekali gus menambah variasi taktikal dalam perancangan pasukan.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Johor Darul Ta'zim (JDT) mengumumkan kemasukan penyerang warisan kebangsaan Joao Figueiredo dari Brazil yang akan menyarung jersi nombor 25 bagi memperkukuh jentera serangan musim 2025.
- Figueiredo menyertai JDT selepas beraksi bersama Istanbul Basaksehir dengan tujuh gol dan dua bantuan jaringan, serta telah menjaringkan gol sulung untuk Malaysia dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam pada aksi kelayakan Piala Asia.
- Beliau merupakan pemain warisan ketiga menyertai JDT musim ini selepas Hector Hevel dan Jon Irazabal, menambah kepelbagaian taktikal dalam skuad Harimau Selatan.