[LAPOR LANGSUNG] Inkues Zara Qairina – Kemas Kini Terkini & Fakta Penting – Ikuti Di Sini.
SPORTS

Jodoh 14 tahun BAM-Hendrawan berakhir

Astro Arena 01/10/2024 | 05:15 MYT
Hendrawan mula bersama badan induk kebangsaan itu sejak 2009 termasuk berkesempatan membimbing legenda dunia, Datuk Lee Chong Wei. - Stadium Astro
JURULATIH perseorangan negara, Hendrawan, dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berpisah selepas 14 tahun berikutan kontraknya tidak disambung.

Pelatih dari Indonesia itu mula bersama badan induk kebangsaan sejak 2009 termasuk berkesempatan membimbing legenda dunia, Datuk Lee Chong Wei.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.


BAM difahamkan sedang meneliti empat calon bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Hendrawan.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.


Selain itu, BAM dalam sidang media yang sedang berlangsung di Akademi Badminton Malaysia (ABAM), Bukit Kiara, menjelaskan antara kriteria bagi jurulatih beregu wanita yang ditetapkan pula ialah membentuk gandingan baru. -- Stadium Astro



#jurulatih persorangan Malaysia #hendrawan #BAM #kontrak tidak disambung