SUKAN

Johan Ghazali kembali ke gelanggang demi misi balas dendam

Astro Arena 16/07/2025 | 03:50 MYT
Johan Ghazali Zulfikar atau Jojo bakal kembali ke gelanggang dalam One Fight Night 35 di Stadium Lumpinee, Bangkok, September depan.
JAGUH muay thai negara, Johan Ghazali Zulfikar, bakal kembali ke gelanggang dalam One Fight Night 35 di Stadium Lumpinee, Bangkok, September depan.

Perkara itu disahkan oleh laman rasmi One Championship yang menyaksikan kebanggaan Malaysia itu akan turun dengan memulihkan semula rekodnya yang sudah tewas empat kali, sebelum ini.

Dia atau lebih mesra dipanggil Jojo itu akan bertemu wakil Maghribi, Zakaria El Jamari, dalam kategori flyweight.

Dengan enam kemenangan sebelum ini, atlet kelahiran Sarawak itu pastinya mahu mengukir kejayaan selepas ditewaskan Johan Estupinan dan Diego Paez menerusi keputusan juri. - Stadium Astro







#Johan Ghazali #Jojo #jaguh Muay Thai #One Fight Night 35