JOHOR BAHRU: Johor akan menganjurkan Kejohanan Tenis Malaysia Junior Leg 2 dengan penyertaan lebih 200 pemain termasuk dari luar negara, bermula Selasa depan (28 Feb).
Presiden Persatuan Tenis Negeri Johor (JTA) Nurizam Mohd Khalid berkata kejohanan yang dijadual berlangsung sehingga 4 Mac itu akan diadakan di Akademi Tenis Johor, Taman Nusa Duta di sini dan Estuari Sports Centre di Iskandar Puteri.
Beliau berkata kejohanan itu turut disertai pemain dari Singapura, Korea Selatan dan Indonesia serta pemain kebangsaan, antaranya Adam Mukhriz Mapiz dan Jacob Wong dari Johor.
"Dijangka beberapa pemain terbaik kebangsaan akan menyertainya, malah untuk wakil Johor sahaja kita anggarkan seramai 100 pemain," katanya pada sidang media selepas Program Pengenalan Sukan Tenis Bersama Kelab Media Johor (KMJ) di sini pada Rabu.
Turut hadir, Presiden KMJ yang juga Naib Presiden JTA Mohamad Fauzi Ishak dan Pegawai Pembangunan Tenis JTA Luqman Rahim.
Pada edisi kali ini, kejohanan itu akan mempertandingkan kategori umur bawah lapan, sembilan, 10, 12, 14 dan 16 tahun.
Sementara itu, Mohamad Fauzi berkata Program Pengenalan Sukan Tenis anjuran bersama KMJ, JTA dan Majlis Sukan Negeri Johor itu diadakan bagi memberi pendedahan kepada pengamal media untuk mengenali sukan berkenaan.
"Kita mahu memberi peluang kepada ahli kelab KMJ untuk mengenali sukan tenis kerana ia sering dianggap sebagai sukan golongan atasan. Kita ingin mendedahkan bahawa tenis boleh dimain oleh semua golongan," katanya.
Mohamad Fauzi yang juga Presiden Gabungan Kelab Media Malaysia berkata pihaknya juga dalam perancangan untuk mengadakan kejohanan sukan melibatkan kesemua 14 kelab media di bawah gabungan itu, sama ada tahun ini atau tahun depan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 23 2023
Kejohanan yang dijadual berlangsung sehingga 4 Mac itu akan diadakan di Akademi Tenis Johor. - Gambar hiasan
2,214 stesen pengecas EV dipasang, MITI kekal sasaran 10,000 menjelang 2025
Ia sebahagian komitmen MITI untuk membangunkan infrastruktur pengecasan EV dan mencapai sasaran 10,000 titik pengecasan menjelang 2025.
Harimau Muda kurang 'kerja rumah' hadapi Piala Asia B-23 2024 - Penganalisis
Menerusi pemerhatian di laman media sosial, timbul cakap-cakap netizen yang lebih terarah kepada perjalanan kesemua pemain negara kendalian Juan Torres Garrido ke Qatar sekadar 'makan angin'.
UMNO aktifkan 'war room' bantu calon Kerajaan Perpaduan - Ahmad
Ahmad berkata UMNO juga akan melaksanakan kempen bagi membantu calon berkenaan dengan bersungguh-sungguh.
Pelepasan air terawat Fukushima digantung kerana terputus elektrik
Pelepasan air radioaktif terawat ke laut dari loji janakuasa nuklear Fukushima yang lumpuh digantung pada Rabu berikutan gangguan bekalan elektrik separa, kata pengendali loji itu.
Prabowo rasmi diisytihar Presiden Indonesia
Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) secara rasmi akan mengisytiharkan Prabowo Subianto sebagai Presiden Indonesia dipilih, dalam satu majlis pada Rabu, seperti yang dijadualkan.
Jerman-UNRWA mungkin bekerjasama semula
Kerajaan Jerman merancang untuk menjalinkan kerjasama dengan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelarian Palestin (UNRWA). Ia susulan daripada kontroversi yang mendakwa anggota petugas UNRWA terlibat dalam serangan di Gaza yang berlaku pada 7 Oktober tahun lalu.
Ini panggilan daripada Allah SWT - Dr Sharifah Mazlina
Ketua Misi Ekspedisi Wanita Berkumpulan ke Antartika, Dr Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir yang merupakan salah seorang peserta dari Malaysia bagi misi Break The Siege of Gaza Freedom Flotilla menyifatkan penglibatannya dalam misi berkenaan sebagai satu panggilan yang ditentukan Allah.
Tujuh ditahan polis dalam serbuan 'keganasan' Australia
Polis Australia menahan tujuh individu yang menimbulkan risiko dan ancaman kepada orang ramai selepas melakukan serbuan antikeganasan membabitkan lebih 400 pegawainya, pada Rabu.
[TERKINI] UM diminta siasat, sedia laporan segera
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengambil maklum dan memandang serius isu yang berlaku berhubung tindakan seorang penceramah warga asing mengeluarkan kenyataan yang dilihat mencetuskan kontroversi dan tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular di media sosial.
Astro AWANI dinobat adaptasi AI dalam pemberitaan terbaik di pentas Asia
Astro AWANI dinobat sebagai pemenang Anugerah Digital Media Awards 2024 bagi kategori adaptasi Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam pemberitaan terbaik di rantau Asia.
Johor anjur Kejohanan Tenis Malaysia Junior Leg 2
Kejohanan itu akan mempertandingkan kategori umur bawah lapan, sembilan, 10, 12, 14 dan 16 tahun.