SUKAN
Johor cuti 15 Dis ini jika JDT julang Piala FA
Tunku Ismail bertitah cadangan cuti khas peristiwa pada 15 Dis tersebut adalah bagi meraikan kejayaan pasukan itu yang berpeluang mempertahankan kejuaraan buat kali keempat berturut-turut. - Gambar fail/Stadium Astro
JOHOR BAHRU: Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail bercadang mengumumkan cuti khas peristiwa sekiranya Johor Darul Ta'zim (JDT) menjulang Piala FA pada 14 Dis ini.
Ringkasan AI
Baginda bertitah cadangan cuti khas peristiwa pada 15 Dis tersebut adalah bagi meraikan kejayaan pasukan itu yang berpeluang mempertahankan kejuaraan buat kali keempat berturut-turut.
Tunku Ismail bertitah sedemikian ketika menjawab soalan mengenai cuti perisitiwa dalam satu program santai Pemangku Sultan Johor bersama penyokong JDT, yang turut disiarkan secara langsung menerusi laman Facebook JOHOR Southern Tigers hari ini.
"Itu sudah tentu, memang cuti...tetapi kalau menang, kalau kalah jangan cuti," seloroh baginda dan disambut gelak tawa oleh orang ramai.
Skuad Harimau Selatan akan menentang Sabah FC yang mencipta sejarah layak ke final Piala FA buat kali pertama dengan mengatasi Selangor FC 5-4 menerusi penentuan penalti, selepas terikat 5-5 secara agregat pada perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), pada 30 Nov lepas.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Tunku Mahkota Johor bercadang mengumumkan cuti khas peristiwa jika JDT menang Piala FA pada 14 Disember.
- Cadangan cuti pada 15 Disember adalah untuk meraikan kejayaan pasukan JDT yang berpotensi mempertahankan kejuaraan.
- Cadangan cuti khas peristiwa ini diperkenalkan dalam satu program santai bersama penyokong JDT, disiarkan secara langsung menerusi laman Facebook JOHOR Southern Tigers.