SUKAN
Jojo Ghazali kembalikan rentak kemenangan, tumbangkan El Jamari dalam masa
Jojo Ghazali kembali bangkit di ONE Fight Night 35, tumbangkan Zakaria El Jamari menerusi KO dalam masa dua minit di Bangkok. - Stadium Astro
PETARUNG Muay Thai negara, Johan 'Jojo' Ghazali, mengembalikan rentak kemenangannya dengan menewaskan petarung dari Maghribi, Zakaria El Jamari, dalam pertarungan ONE Fight Night 35 di Bangkok sebentar tadi.
Jojo tewas secara keputusan juri dalam dua perlawanan terakhir ONE Championship tetapi kali ini, dia membuktikan betapa dia masih memiliki keampuhan dengan memilih KO sebagai jalan kemenangan.
Petarung negara itu memilih untuk melakukan serangan awal menggunakan kaki tetapi sebaik dia mengeluarkan tumbukannya, ia tidak lagi mampu ditanggung EL Jamari, yang tumbang secara KO hanya dalam masa dua minit. - Stadium Astro