SUKAN
Jojo percaya mampu jinakkan gaya agresif Zakaria
Jojo (kiri) menjalani latihan intensif di Superbon Training Camp, Bangkok. - Gambar/ IG Johan Ghazali
BINTANG sensasi Muay Thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar yakin mampu menjinakkan gaya agresif Zakaria El Jamari apabila keduanya bertemu pada pertarungan ONE Fight Night 35: Buntan vs Hemetsberger di Stadium Lumpinee, Bangkok, Thailand pada Jumaat depan.
Ringkasan AI
Pertarungan kategori 57kg (flyweight) itu dianggap penting buat Johan, 19, yang mahu bangkit selepas mengalami dua kekalahan berturut-turut di pentas ONE Championship.
Bagaimanapun, petarung mewakili Rentap Muaythai Gym dan kini bernaung di bawah Superbon Training Camp itu percaya corak agresif Zakaria bakal menjadi kelebihan buatnya.
“Pusingan pertama akan pantas, pusingan kedua juga sama. Lagi kerap dia menyerang, lebih mudah untuk saya membaca pergerakannya dan mencari ruang untuk membalas,” kata Johan dalam wawancara bersama ONE Championship.
Bukan sekadar bersandarkan kepantasan dan naluri menyerang, Johan yang mesra dipanggil Jojo menegaskan dirinya kini sudah 'berevolusi' hasil latihan intensif bersama barisan juara dunia di Thailand.
“Sama ada dari segi teknik, strategi atau kekuatan, saya yakin saya mendahului dia dalam semua aspek. Saya sudah berevolusi,” tegasnya.
Keyakinan dilaungkan Johan bersandarkan kepada kematangan serta pengalaman berlatih bersama nama besar seperti Superbon dan Nong-O Hama.
Baginya, aksi menentang jaguh Maghribi itu bukan sekadar peluang menebus rekod tetapi juga pentas untuk membuktikan dia kini petarung yang lebih matang dan lengkap.
Untuk rekod, Johan telah meraih enam kemenangan daripada sembilan pertarungan sejak menyertai ONE Championship. - Sinar Harian
Ringkasan AI
- Muhammad Johan Ghazali Zulfikar yakin mampu mengatasi gaya agresif lawannya, Zakaria El Jamari dalam pertarungan kategori 57kg di ONE Fight Night 35 di Stadium Lumpinee, Bangkok pada Jumaat depan.
- Johan melihat corak serangan pantas Zakaria sebagai peluang untuk membaca pergerakan dan membalas dengan strategi yang lebih matang hasil latihan intensif bersama juara dunia di Thailand.
- Pertarungan ini menjadi medan penting buat Johan untuk bangkit selepas dua kekalahan berturut-turut dan membuktikan evolusi dirinya sebagai petarung yang lebih lengkap dan berpengalaman.