Jordan, Uzbekistan pilihan tepat uji Harimau Malaya - Cheng Hoe

Astro Arena
September 23, 2021 22:06 MYT
Tan Cheng Hoe menganggap Jordan dan Uzbekistan sebagai pilihan yang tepat untuk diuji dalam perlawanan persahabatan antarabangsa. -Gambar fail
JURULATIH skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe, menganggap Jordan dan Uzbekistan sebagai pilihan yang tepat untuk diuji dalam perlawanan persahabatan antarabangsa.
Ia di kala ada yang beranggapan skuad negara perlu bertemu pasukan kerdil untuk membina semula selepas gagal ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2022 Jun lalu.
"Ini adalah masa terbaik buat skuad kebangsaan untuk bertemu lawan yang berada di ranking lebih baik.
"Perkara paling penting adalah setiap pemain memiliki keyakinan yang tinggi untuk menghadapi perlawanan ini," kata Cheng Hoe.
Untuk rekod, Jordan menghuni ranking ke-93 dunia, manakala Uzbekistan di ranking ke-84 dunia, Cheng Hoe turut berkongsi mengenai barisan pemainnya untuk kem latihan pusat kali ini.
"Penekanan kali ini adalah untuk memberikan pendedahan dan keserasian menjelang menghadapi kelayakan Piala Asia tahun depan."
#Jordan #Harimau Malaysia #Tan Cheng Hoe #perlawanan persahabatan antarabangsa