GSF: Kesemua 23 delegasi Malaysia disahkan telah ditahan oleh Israel – Ikuti Laporan Langsung
SUKAN

Jose Mourinho bakal jadi hos

Agensi 11/02/2019 | 23:50 MYT
Mourinho pernah bertugas sebagai pemerhati dan pengkritik tetap di Stesen Televisyen Rusia. - Foto Instagram/@josemourinho.utd
BERITA terkini mengenai bekas pengurus Manchester United, Jose Mourinho.

Buat anda yang merindui kelibatnya, ini satu berita baik buat anda di mana anda boleh menyaksikan Mourinho tetapi bukan sebagai jurulatih pasukan.

Mourinho dilapor akan mengacarakan sebuah rancangan sendiri di Stesen Televisyen Rusia (RT).

Menerusi program tersebut, Mourinho akan menganalisis perlawanan bola sepak Liga Juara-juara.

Sebelum ini Mourinho pernah bertugas sebagai pemerhati dan pengkritik tetap di stesen sama semasa temasya Piala Dunia diadakan di Rusia tahun lalu.

Mourinho dipecat dari The Red Devils Disember tahun lalu sepelas dua tahun berkhidmat di Old Trafford.

Ini selepas prestasi kurang memuaskan dipamerkan skuadnya menyaksikan prestasi Man U ketika itu merudum.


#Jose Mourinho #Manchester City #Manchester United #Old Trafford #Piala Dunia #Stesen Televisyen Rusia #the Red Devils