awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir dibenar pulang bermalam di rumah
SINAR perkenal penyampai baharu untuk segmen pagi dan petang mulai 9 Febuari 2026
NVIDIA sah tidak lancar GPU baharu 2026 akibat krisis RAM global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jose Mourinho selar pemain Manchester United kurang beri tumpuan

Astro Arena
Astro Arena
17/02/2017
07:33 MYT
Jose Mourinho selar pemain Manchester United kurang beri tumpuan
MOURINHO: Saya dapat rasakannya serta-merta di dalam bilik persalinan, terlalu bising, terlalu kelakar dan terlalu santai.
SAMBIL Manchester United melangkah sebelah kaki ke pusingan 16, Liga Europa, pengurusnya, Jose Mourinho, jauh daripada berpuas hati, sebaliknya menyelar pemain-pemainnya kerana terlalu bersantai ketika berdepan Saint-Etienne.
Zlatan Ibrahimovic menyumbat hatrik pertamanya untuk kelab itu sambil United mendahului selesa 3-0 ke atas kelab Perancis itu dalam pusingan 32 di Old Trafford, awal pagi tadi.
Selepas memecah kebuntuan daripada sepakan percuma yang terbias pada minit ke-15, Ibrahimovic tampil dengan gol berganda dalam separuh masa kedua untuk menenggelami tentangan bersemangat Saint-Etienne, yang berterusan menghadirkan ancaman.
Mourinho, bagaimanapun, menghentam pasukannya kerana kekurangan penumpuan menjelang sepak mula dan sepanjang 45 minit pertama.
“Kurang penumpuan. Saya dapat rasakannya serta-merta di dalam bilik persalinan, terlalu bising, terlalu kelakar dan terlalu santai,” keluh Mourinho.
"Pembantu-pembantu saya berasakan yang sama ketika pemain memanaskan badan, malah sesetengah pemain tidak fokus untuk mendapatkan adrenalin yang betul dalam tubuh mereka.
"Perlawanan bermula dan perkara pertama kami lakukan adalah hantaran ke belakang kepada penyerang.
“Separuh masa pertama adalah sukar. Malah, bagi saya di garis tepi padang, adalah sukar untuk berkomunikasi. Separuh masa kedua adalah cerita berbeza.”
Mourinho turut menghuraikan kritikannya terhadap pasukan: “Kami tidak bermain dengan baik (dalam separuh masa pertama), kami kehilangan bola dalam kawasan bahaya dan memberi Saint-Etienne peluang untuk melakukan serangan balas. Kami menang tapi barangkali tidak berhak ke atasnya.
“Kami melakukan kesilapan tapi menangani semuanya dengan baik, jadi ia sedikit kredit buat pemain. Separuh masa kedua adalah berbeza, kami memiliki peluang-peluang kami, menjaringkan gol-gol, jadi ia bagus. Tapi dalam separuh pertama, Saint-Etienne adalah lebih baik.
"Ia belum selesai. Kami memiliki segala-galanya dalam tangan. Kami tidak akan ke Saint-Etienne untuk berseronok. Dalam bola sepak, ia belum berakhir selagi ia belum selesai.”
Topic Berkaitan
#Jose Mourinho
#Liga Europa
#Manchester United
#Zlatan Ibrahimovic
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan