awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JrGP: Hakim Danish pamer tunggangan mengagumkan di Estoril

Bernama
Bernama
05/05/2025
04:40 MYT
JrGP: Hakim Danish pamer tunggangan mengagumkan di Estoril
Pencapaian pada Ahad menyaksikan Hakim Danish (gambar) kini di kedudukan kedua bagi carta keseluruhan dengan 20 mata di belakang Uriarte yang berada di tempat pertama dengan 25 mata. - Facebook ZK Racing
KUALA LUMPUR: Bintang muda permotoran negara Muhammad Hakim Danish Ramli memulakan kempen Kejuaraan Dunia Grand Prix Remaja (JrGP) 2025 dengan bergaya apabila menamatkan saingan di tempat kedua pada pusingan pembukaan di Circuit do Estoril, Portugal, pada Ahad.
Pelumba UAX SeventyTwo Artbox Brian Uriarte muncul juara dengan catatan 27 minit 45.045 saat (s) meninggalkan Hakim Danish yang mewakili SIC Racing-MSI di tempat kedua (+7.931s) dan Rico Salmela daripada Estrella Galicia 0,0 melengkapkan podium di kedudukan ketiga (+10.403s).
Hakim Danish dalam satu kenyataan bersyukur dapat memberikan tentangan kepada Uriarte biarpun bermula agak kurang baik pada awal perlumbaan.
"Saya tahu Brian ada kelajuan yang lebih baik, dan dalam kelompok tadi saya cuba ikut, tetapi rentak kumpulan saya agak perlahan. Untuk perlumbaan seterusnya, saya akan cuba kekal bersama dia," katanya.
Pencapaian berkenaan menyaksikan pelumba berusia 17 tahun itu kini di kedudukan kedua bagi carta keseluruhan dengan 20 mata di belakang Uriarte yang berada di tempat pertama dengan 25 mata.
Dalam penampilan sulungnya dalam JrGP musim lepas, Hakim Danish menamatkan saingan di kedudukan ke-15 keseluruhan selepas mengumpul 46 mata.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JrGP 2025
#Kejuaraan Dunia Grand Prix Remaja
#Hakim Danish Ramli
#Portugal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami