SUKAN

Juara dunia empat kali, Bonnie Bunyau tamatkan zaman bujang

Astro Arena 18/10/2025 | 08:15 MYT
Atlet para negara, Bonnie Bunyau Gustin mengumumkan melangsungkan perkahwinannya dengan gadis pilihannya.- Foto IG bonnie_bb9
ATLET para negara, Bonnie Bunyau Gustin, mengumumkan melangsungkan perkahwinannya dengan gadis pilihannya semalam.


Ringkasan AI
  • Bonnie Bunyau Gustin umum berkahwin dengan gadis pilihannya melalui hantaran Instagram yang menyentuh tentang cinta dan perjalanan hidup bersama.
  • Atlet para negara ini baru sahaja menjuarai Kejohanan Dunia Powerlifting di Mesir, dengan angkatan terbaik 230kg dalam kategori lelaki bawah 72kg.
  • Bonnie meraih pingat emas keempat berturut-turut di kejohanan dunia, menewaskan pesaing dari China dan Great Britain dengan jumlah angkatan keseluruhan 672kg.


Juara dunia powerlifting empat kali berturut-turut itu berkongsi perkembangannya dalam satu mesej ringkas di platform Instagram yang berbunyi "Tuhan tidak hanya memberi saya seseorang untuk dicintai -- Dia memberi saya seseorang untuk membesar, berdoa dan berjalan bersama-sama."



Bonnie masih segar dengan kejuaraan dunia di Mesir, awal minggu ini, apabila melakukan angkatan terbaik seberat 230kg final kategori lelaki bawah 72 kg bagi mengenepikan atlet dari China, Zhang Pingkang (222kg) dan Great Britain, Mark Swan (217kg).

Angkatan keseluruhannya, 672kg, juga membolehkannya menghadiahkan satu lagi pingat emas buat negara, sekali gus menafikan hasrat Amir Jafari Arangeh dari Iran (581kg) dan Mark Swan (427kg). -- Stadium Astro





#juara dunia empat kali #Bonnie Bunyau #melangsungkan perkahwinan #angkat berat