awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Juara Olimpik Viktor Axelsen mara ke perlawanan akhir Badminton Terbuka Seluruh England

Bernama
Bernama
20/03/2022
04:43 MYT
Juara Olimpik Viktor Axelsen mara ke perlawanan akhir Badminton Terbuka Seluruh England
Pilihan utama dari Denmark itu mengambil masa 48 minit untuk menewaskan pilihan keempat Chou 21-13, 21-15. - Gambar fail/AP
LONDON: Juara Olimpik Viktor Axelsen mara ke perlawanan akhir perseorangan lelaki kali keempat berturut-turut di Badminton Terbuka Seluruh England selepas menewaskan Chou Tien Chen dari Chinese Taipei dalam straight set pada Sabtu.
Pilihan utama dari Denmark itu mengambil masa 48 minit untuk menewaskan pilihan keempat Chou 21-13, 21-15. Saingan terakhirnya di Birmingham tahun ini ialah pemain India Lakshya Sen. Pemain berusia 20 tahun itu menyingkirkan juara bertahan Malaysia Lee Zii Jia 21-13, 12-21 dan 21-19.
BACA: All England: Perjalanan Zii Jia terhenti di separuh akhir
Pada Terbuka Jerman minggu lalu, Lakshya Sen menewaskan Axelsen di separuh akhir, lapor Agensi Berita Xinhua.
Dalam saingan separuh akhir wanita, juara Olimpik China Chen Yufei ditewaskan 21-11, 21-13 oleh juara dunia Akane Yamaguchi dari Jepun, manakala pilihan utama Tai Tzu Ying dari Chinese Taipei ditundukkan pemain Korea Selatan An Se-young berusia 20 tahun dengan keputusan 21 -19, 21-13.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Badminton Seluruh England
#viktor axelsen
#juara Olimpik
#pemain Denmark
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan