SUKAN

Jude Bellingham dan Jamal Musiala muka depan EA Sports FC 26

Astro Arena 17/07/2025 | 08:15 MYT
FC 26 akan secara rasmi dilancarkan pada akhir tahun ini, namun tarikh pelancaran rasmi masih belum disahkan. - Foto EA Sports via Stadium Astro
BEKAS rakan sebilik ketika di pasukan muda England, Jude Bellingham dan Jamal Musiala telah bersatu semula untuk mengesahkan menjadi bintang muka depan permainan video, EA Sports FC 26 (FC 26).


Ringkasan AI
  • Jude Bellingham dan Jamal Musiala dipilih sebagai wajah muka depan EA Sports FC 26, menandakan penyatuan semula dua bekas rakan sebilik pasukan muda England dalam permainan video terkenal.
  • Musiala kini berehat panjang akibat kecederaan, namun tetap teruja menyertai FC 26, menggambarkan impian zaman kanak-kanaknya kini menjadi kenyataan.
  • FC 26 dijadualkan dilancarkan akhir tahun ini, namun tarikh rasmi pelancaran masih belum diumumkan.


Imej yang tular di media sosial mempamerkan Bellingham dan Musiala keluar terowong menuju ke padang dan dikelilingi oleh peminat yang bersorak di kedua-dua belah.

Walaupun bintang Bayern ini tidak dapat bermain susulan kecederaan kaki yang dialami semasa Piala Dunia Kelab FIFA tempoh hari dan kini sedang berdepan tempoh rehat yang panjang, dia menjelaskan keterujaan dan kegembiraan menjadi wajah salah satu permainan video paling berjaya di pasaran.

"Sewaktu membesar, saya sering melihat idola saya di muka depan, dan anggap mustahil untuk membayang bahawa suatu hari nantu saya akan berada di kedudukan mereka," kata Musiala.

Bellingham yang menjadi muka depan FC 25 turut menzahirkan rasa keterujaan sekali lagi diberi peluang emas itu, tetapi kali ini bersama bekas rakan sebiliknya, Musiala.

FC 26 akan secara rasmi dilancarkan pada akhir tahun ini, namun tarikh pelancaran rasmi masih belum disahkan. -- Stadium Astro





#Jude Bellingham #Jamal Musiala #EA Sports #FC 26